Kini Trending

Karnival Jom Heboh Catat Lebih 300K Pengunjung Dalam Tempoh 2 Hari, Memang Meriah!

5
SHARES

Selepas dua hari berkampung  di Anjung Floria, Putrajaya, Karnival Jom Heboh (KJH) 2022 yang dibawakan oleh DuitNow akhirnya melabuhkan tirai. Karnival Jom Heboh, mencatat lebih 300,000 pengunjung datang berpusu-pusu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Memang meriah!

Baca juga: Karnival Jom Heboh 2022 Acara Padang Terbesar Malaysia Kini Kembali!

KARNIVAL JOM HEBOH CATAT LEBIH 300K PENGUNJUNG DALAM TEMPOH 2 HARI

Lebih mengagumkan, sejak tahun 2003, Karnival Jom Heboh telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Acara Padang Paling Lama di Malaysia pada tahun ini.

Sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran Malaysia Book of Records, Jwan Heah kepada Eileen Lim, Pengurus Besar, Activation mewakil Media Prima Berhad.

Tarikan utama KJH sudah semestinya belon udara panas yang hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1 sahaja menerusi DuitNow.

Tawaran tersebut sudah tentunya menarik minat para pengunjung dan seawal jam 7.30 pagi mereka sudah gegarkan kaunter pendaftaran meski pun kaunter masih belum dibuka.

PUTRAJAYA 25 JUN 2022. Orang ramai mengunjungi Karnival Jom Heboh 2022. Belbagai aktiviti booth yang menarik tersedia untuk orang ramai disepanjang Karnival Jom Heboh dari 25 hingga 26 ini di Anjung Floria, Putrajaya. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan di gerai-gerai kendalian Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, SIRAP LIMAU, VOCKET, Waktu Solat Malaysia dan WOWSHOP.

Turut tidak ketinggalan barisan artis membuat persembahan pada pukul 9.00 malam selama dua malam berturut-turut. Konsert tersebut dihoskan oleh penyampai radio terkenal dari Hot FM dan Buletin FM seperti AG, Ally Iskandar, Haiza, Ayu, Riena Diana, Muaz, Hawa Rizwana dan Imran Aqil.

PUTRAJAYA 25 JUN 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr. Syed Hussian Aljunid bergambar kenangan ketika tiba di Karnival Jom Heboh 2022 di Anjung Floria, Putrajaya. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Hari Rekreasi Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya juga turut memeriahkan suasana persekitaran KJH sepanjang dua hari tersebut dengan acara-acara menarik seperti zoo peliharaan di Festival Pencinta Haiwan Putrajaya (PALOF), Bandar RV, Desa Kopi, Pertandingan Memancing dan Flying Fox. Aktiviti-aktiviti lain termasuk senamrobik, mini penalti dan bola bowling.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×