Asuh

Budak 6 Tahun Positif Kanser Mata, Dapat Tahu Dari Silau Lampu!

44
SHARES
kanser mata

Retinoblastoma ialah sejenis kanser mata yang bermula di retina mata, lapisan sel penderia cahaya di bahagian belakang mata anda. Ia adalah kanser mata dalam kalangan kanak-kanak yang paling biasa namun agak janggal.

Kanser ini boleh berlaku pada satu atau kedua-dua belah mata di mana kira-kira 1 dalam 4 kes boleh menjejaskan kedua-dua mata. Pakar mengesyaki ia berlaku kerana kerosakan pada sel retina muda yang sedang berkembang. Seperti kisah yang dikongsikan oleh Puan Norshuhada Nordin apabila anaknya, Seif Afi, yang masih kecil menjadi mangsa kanser mata!

Baca juga: 4 Tahap Melecur Jika Kena Asid/Api, Bantuan Cepat Alirkan Air Selama 20 Minit

ANAK USIA 6 TAHUN KENA KANSER MATA, CEPAT MEREBAK!

Berikut merupakan kisah yang dikongsikan supaya dapat menjadi rujukan ramai, risau juga kerana kanser ini akan menyerang kanak-kanak tanpa disedari!

kanser mata

Foto anaknya, Seif Afi, yang mempunyai tompok seperti silau di mata.

Adik positif cancer mata. Retinoblastoma. Kanser ni menyerang kanak-kanak bawah usia 6 tahun. Kami sekeluarga on the way ke Kuala Lumpur untuk operation mata adik sebelah kiri. Saya nak create awareness untuk ibu bapa, kalau mata anak nampak macam ini dalam gambar, cepat-cepat bawa jumpa doktor. Bawak sekali gambar dan tunjuk pada doktor.

Hal ini kerana, penyakit ini boleh nampak tandanya bila ada cahaya lampu/ flash. Kadang bawah cahaya matahari pun akan nampak. Pertama kali kita akan ingat silau sahaja tapi kalau selalu nampak benda sama berlaku, sebaiknya bawa pergi buat pemeriksaan.

TOLONG JANGAN TANGGUH kerana kanser ini sangat cepat merebak. Mata adik memang tak ada kesan apa-apa, tak ada sembul, tak ada bengkak, tak ada mata merah-merah pun. Doakan kami selamat sampai, doakan kami kuat.

kanser mata

Foto: Dokter Mata

Menurut Cleveland Clinic, oleh kerana keadaan ini biasanya didiagnosis sebelum umur 3 tahun, kanak-kanak selalunya tidak dapat menerangkan gejala mereka atau apa yang mereka alami. Sebaliknya, simptomnya ialah perubahan yang boleh dilihat dalam penampilan mata atau perbezaan dalam cara anak berkelakuan.

DOKTOR CAKAP BERKEMUNGKINAN DAPAT DISELAMATKAN

Foto keadaan adik Seif Afi selepas pemeriksaan.

Menerusi perkongsian terbaharu dari Puan Norshuhada Nordin, adik Seif telah menerima pemeriksaan dari pakar dan berada pada tahap C. Dalam tahap C, doktor memberitahu mata adik Seif berkemungkinan dapat diselamatkan.

Doktor juga tidak dapat memeriksa mata Seif dengan teliti kerana tidak mahu dipegang (Seif ada ciri-ciri autism, tak suka orang pegang dia).

Dalam tahap ini, jika kanser masih belum ganggu saraf mata, Seif hanya perlu rawatan kimoterapi sahaja. Jika ganggu saraf, mata Seif akan dikeluarkan untuk selamatkan nyawanya sebelum kanser merebak ke bahagian otak dan badan yang lain.

*Jadi buat ibu bapa semua, pastikan dapat rawatan dengan cepat ya dan semoga adik Seif cepat sembuh!

Baca juga: Gatal-Gatal Pada Kemaluan, Guna 5 Cara Ini Untuk Hilangkan Dengan Cepat!

Sumber: Norshuhada Nordin, Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×