Famili

Terima 4 Kes Kanak-kanak ‘Terminum’ Hand Sanitizer, Pusat Racun Negara Gesa Ibu Bapa Pantau Keselamatan

6.2K
SHARES

Sejak wabak Covid-19 mula menular di seluruh dunia, negara kita Malaysia juga menerima tempiasnya.

Oleh sebab itu, makin ramai ibu ayah yang risau dan mengambil langkah mengamalkan kebersihan, antaranya dengan menggunakan hand sanitizer.

Namun apa yang ibu ayah perlu faham, hand sanitizer ini merupakan bahan kimia yang boleh menyebabkan keracunan jika tidak disimpan dengan selamat.

Menurut Pusat Racun Negara, pihak mereka telah menerima 4 kes keracunan hand sanitizer sejak wabak Covid-19 baru-baru ini.

Berikut adalah perkongsian penuh oleh pihak Pusat Racun Negara yang wajar kita ambil perhatian, terutamanya bagi ibu ayah yang mempunyai anak kecil di rumah.

Hand Sanitizer & Covid-19

SOLD OUT!
“Harap maaf, kedai kami telah kehabisan stok hand sanitizer”

Begitulah penangan wabak Covid-19 yang telah diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam.

Lantaran kepanikan akibat penularan Covid-19 yang semakin meruncing ini, sampai habis stok produk sanitasi tangan atau lebih dikenali sebagai ‘hand sanitizer’ di kebanyakan premis yang menjualnya.

Kini, hampir semua rumah mempunyai ‘hand sanitizer’, malahan ada yang memberikan pada anak-anak untuk dibawa ke sekolah.

Bahan Kimia Dalam Hand Sanitizer

Namun begitu, jangan dilupa bahawa ‘hand sanitizer’ juga mengandungi bahan kimia yang mungkin menyebabkan keracunan JIKA tidak disimpan dengan selamat.

Untuk memastikan sesuatu ‘hand sanitizer’ itu berkesan, ia perlu mempunyai kandungan alkohol yang tinggi (lebih 60%). Alkohol yang biasa digunakan adalah daripada jenis etanol atau pun isopropil alkohol.

Jika tertelan dalam jumlah yang signifikan, keracunan alkohol boleh berlaku.

Hand sanitizer beracun

Kesan Keracunan Alkohol (Dalam Hand Sanitizer)

Keracunan alkohol yang sederhana boleh menyebabkan kesan khayal, perubahan tingkah laku, pergerakan otot dan anak mata tidak terkawal dan jantung berdegup kencang.

Manakala, keracunan yang teruk boleh mengakibatkan gangguan pada saraf pusat dan sistem pernafasan, suhu badan dan paras gula dalam darah menurun, sawan dan juga kekeliruan pemikiran.

sawan demam

Foto Kredit: romper.com

Kes Kanak-kanak Terminum Hand Sanitizer

Semenjak kes Covid-19 ini berlaku, Pusat Racun Negara telah menerima 4 kes terminum ‘hand sanitizer’ melibatkan kanak-kanak berusia lingkungan 5 bulan hingga 2 tahun.

Pihak kami berharap agar kes keracunan akibat kelalaian untuk menyimpan ‘hand sanitizer’ secara selamat ini tidak akan berulang lagi. Tambahan pula ia melibatkan anak-anak kecil.

Kanak-kanak terminum hand sanitizer

Amalkan Penjagaan Kebersihan Tanpa Mengabaikan Keselamatan Bahan Kimia Di Sekeliling Kita

Oleh itu, Pusat Racun Negara menasihatkan agar orang ramai untuk terus mengamalkan penjagaan kebersihan TANPA mengabaikan amalan keselamatan bahan kimia di sekeliling anda.

Kami juga sama-sama mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia diberi perlindungan dan kesembuhan daripada ancaman Covid-19 ini segera.

#simpancermatkeluargaselamat
#handsanitizer
#covid19

*Pautan artikel asal:  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=869699823475287&id=416430928802181

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×