Kini Trending

Kanak-Kanak Maut Terjerut Tali Langsir Dalam Bilik Ketika Bermain

82
SHARES

Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun di Oldham, Greater Manchester dilaporkan maut gara-gara terjerut tali bidai langsir ketika bermain di dalam biliknya.

Baca juga: ‘Tiba-Tiba Nampak Ramai Kerumun..’- Budak 4 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 35 Kondominium

KANAK-KANAK MAUT TERJERUT TALI LANGSIR DALAM BILIK

Menerusi laporan Mirror, mangsa dikatakan sedang bermain dengan abangnya yang berusia tiga tahun di dalam bilik tidur rumah keluarga mereka.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Koroner Rochdale, ibu mangsa dilaporkan meninggalkan bilik terbabit untuk seketika , namun apabila kembali semula, dia mendapati mangsa sudah tiada di dalam bilik berkenaan.

Alangkah terkejutnya seorang ibu apabila melihat anak kecilnya sedang terjerut pada bidai di bilik hadapan. Cemas dengan kejadian berkenaan, si ibu kemudian memanggil suaminya dan bergegas memaklumkan kepada jiran mereka yang merupakan seorang jururawat.

Difahamkan, jirannya sempat memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa sehingga perkhidmatan kecemasan tiba sebelum dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Manchester.

ALAMI KEROSAKAN OTAK

Walau bagaimanapun, kanak-kanak terbabit disahkan mengalami kerosakan otak, namun rawatan terpaksa dihentikan atas nasihat doktor dan mangsa dilaporkan meninggal dunia 1 Februari lalu.

Selepas inkues, ibu mangsa memberi penghormatan buat kali terakhir kepada anaknya dan menasihatkan para ibu bapa agar menyedari risiko tali bidai terhadap kanak-kanak.

Dia seorang budak lelaki yang tampan, anda pasti akan ‘cair’ apabila melihat senyuman nakalnya itu.

Saya berharap agar orang ramai sedar bahawa bidai adalah bahaya. Saya tak mahu keluarga lain turut melalui insiden seperti keluarga saya.

Dalam pada itu, Penolong Koroner, Edward Morgan telah mengenal pasti beberapa masalah mengenai bidai yang boleh membawa kepada kematian bayi terbabit.

Meskipun Peraturan Keselamatan Tali Bidai diperkenalkan pada 2014, pemilik rumah terbabit tidak menggantikan bidai berkenaan sebelum keluarga itu berpindah masuk pada 2020.

Sumber: Mirror

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×