Famili

Kanak-Kanak 5 Tahun Lari Keluar & Menangis Jadi Saksi Ibu Dibunuh Kejam

32
SHARES

Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman pada anggota badan di bilik sewanya, di sebuah bangunan di Bandar Baru Batu Kawah di sini pada Ahad.

Apa yang lebih memilukan kematian wanita terbabit dipercayai disaksikan sendiri oleh anaknya yang berusia lima tahun. Kejadian tersebut disedari oleh kenalan mangsa yang juga seorang pengusaha kedai kopi di premis berdekatan.

Baca juga: Bayi 16 Bulan Maut Dilanggar Bas Ketika Ikut Kakak Melintas Jalan

KANAK-KANAK 5 TAHUN LARI KELUAR & MENANGIS JADI SAKSI IBU DIBUNUH

Sumber: Astro Awani

Memetik laporan Awani, anak mangsa berlari keluar sambil menangis menuju ke kedai kopi tersebut dan pengusaha terbabit bergegas ke rumah kanak-kanak itu dan menemui mangsa yang berlumuran darah.

“Terdahulu, anak mangsa telah berlari keluar sambil menangis menuju ke kedai kopi terbabit. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, pengusaha terbabit telah membawa kanak-kanak berkenaan kembali ke rumah mereka, dan menemui mangsa yang berlumuran darah.

“Pengusaha terbabit kemudian segera melaporkan kejadian terbabit kepada pihak polis,” katanya di sini, pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan kejadian sekitar jam 5.30 petang itu.

“Polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit. “Mangsa dipercayai berasal dari Kalimantan Barat dan tinggal bersama anak perempuannya berusia lima tahun,” katanya.

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×