Famili

Bayi 16 Bulan Maut Dilanggar Bas Ketika Ikut Kakak Melintas Jalan

53
SHARES

Malang tidak berbau. Seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya melintas jalan di hadapan rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian 12.15 tengah hari, bayi itu keluar rumah dan mengekori kakaknya yang mahu menaiki bas untuk ke sekolah.

Baca juga: Bayi Mati Hidup Semula & Menangis Ketika Upacara Pengebumian

BAYI 16 BULAN MAUT DILANGGAR BAS KETIKA KAKAK MELINTAS JALAN

Memetik laporan Harian Metro, ketika kejadian, kakak mangsa tidak menyedari adiknya keluar dari rumah dan mengekorinya sebelum terperosok di bawah bas yang bergerak.

“Sebaik kejadian disedari, bayi itu dihantar ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi dan disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×