Rakyat

“Kalau Jatuh Sia-Sia” – Tular Video Budak Lelaki Seorang Diri Belakang Kereta Undang Cemas!

60
SHARES

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan aksi ngeri kanak-kanak lelaki yg berada di belakang sebuah pacuan empat roda. Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang risau dengan keadaaan kanak-kanak tersebut sekiranya jatuh dan mengakibatkan kemalangan.

Baca juga: ‘Nak Pergi Jauh’-Tak Sangka Petanda Alisha Nak Pergi Selamanya…

TULAR VIDEO BUDAK LELAKI SEORANG DIRI BELAKNG KERETA

Menerusi video pendek, kanak-kanak tersebut dilihat berada seorang diri di belakang pacuan empat roda tersebut seorang diri dan melompat sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Kejadian yang berlaku di sekitar Lembah Klang itu sudah tentunya mengundang marah netizen dan mendakwa ibu bapa kepada kanak-kanak itu seolah-olah tidak peka dan tidak risau tentang keadaanya.

“Aku tak tahu apa dalam fikiran mak pak budak ni. Dah la tengah hujan. Biarnya budak sorang sorang kt belakang kereta terlompat lompat. Kalau jatuh sia-sia,” jelas salah seorang pengguna media sosial.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa buah kereta turut membunyikan hon kereta sebagai tanda teguran tetapi tidak dilayan oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut dan hanya meneruskan perjalanan mereka.

Sumber: Twitter BxllaAnxar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×