Kalau sudah namanya jodoh, pergi ke mana pun akan bertemu juga. Itulah kata-kata yang selalu diungkapkan oleh orang ramai apabila bercakap mengenai jodoh. Walaupun cinta pernah ditolak berkali-kali, namun ia bukanlah penamat bagi seorang lelaki ini untuk terus mencari wanita idaman untuk dijadikan sebagai suri hidupnya…
Baca juga: Dah Lama Sangat Single, Wanita Bawa Sepanduk Cari Jodoh Di Lampu Isyarat
CINTA PERNAH DITOLAK BERKALI-KALI, BERJODOH BEZA USIA 18 TAHUN
Menerusi video yang mendapat hampir 2.1 juta tontonan dikongsi seorang wanita di aplikasi TikTok, menceritakan kisah percintaannya dan jarak umur dengan suaminya adalah 18 tahun. Ujar pemilik video, dia sebelum ini pernah berkali-kali menolak cinta suaminya namun atas persuratan takdir dan jodoh mereka akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri.
Lelaki ini yang banyak kali aku reject. Beza umur 18 tahun kot. Kalau dah namanya jodoh, tolak la kuat mana, campak lah jauh mana dia tetap akan datang.
Bercerita lebih lanjut, wanita ini menjelaskan sikap suaminya yang begitu baik dan dia dilayan seperti permaisuri selepas mendirikan rumah tangga.
3 tahun perkenalan akhirnya kami bersatu sebagai suami isteri yang sah.
Dia lah lelaki yang layan saya macam permaisuri selepas saya trauma dalam rumah tangga yang lepas. Walau saya layan dia teruk, dia tetap tak mengalah. Penerimaan keluarga, Alhamdulillah semua setuju.
Bagaimanapun, di sebalik kebahagian tersebut terdapat individu yang kurang senang dan meninggalkan komen yang kurang baik kepada mereka.
Kalau dating dan up story mesti akan ada yang perli ‘keluar dengan ayah ke tu’?
@its_mayso Lelaki yang berumur lebih hot.. 🥰🥰🥰
@its_mayso Reply to @diana.azhar
‘CARI YANG PANDAI HARGAI KITA..’
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah yang dikongsi dan turut menitipkan doa buat pasangan ini. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama dan meninggalkan pesanan supaya tidak perlu mendengar kata-kata negatif lain.
Sumber: Tiktok @diana.azhar