Sihat

Selain Cirit Birit, Rupa-Rupanya Air Garam ORS Juga Boleh Rawat Kaki ‘Cramp’

187
SHARES

Setiap kali cirit-birit atau muntah-muntah, mesti akan ke farmasi untuk dapatkan air garam. Selain merawat cirit-birit dan muntah-muntah, air garam juga mampu rawat dan elakkan kekejangan otot ketika bersenam. Jadi, ini penjelasan doktor tentang kebaikan air garam untuk rawat kekejangan.

AIR GARAM

Ramai yang menggunakan air garam ini untuk masalah cirit-birit dan muntah-muntah. Tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk masalah kaki kejang(Kaki cramp). Secara spesifiknya ia digunakan untuk masalah Kaki cramp yang berlaku SELEPAS atau SEMASA MELAKUKAN SENAMAN.

CRAMP BOLEH BERLAKU JIKA PENGAMBILAN AIR KOSONG YANG BANYAK

Seseorang yang melakukan senaman mempunyai kemungkinan untuk berlakunya cramp terutamanya jika dia mengambil air kosong dengan jumlah yang banyak pada ketika itu.

Ini disebabkan ketika bersenam, badan kita berpeluh dan ia mengeluarkan garam-garam dan air daripada badan kita. Apabila kita mengambil air kosong terutamanya air RO(reverse osmosis) yang tidak mempunyai elektrolit di dalamnya, ia akan menyebabkan darah kita menjadi kurang pekat. Bermaksud kepekatan elektrolit di dalam badan kita menjadi kurang.

Ini akan sedikit sebanyak mengganggu fungsi otot yang boleh berakhir dengan kejang otot. Selalunya orang yang kejang otot selepas bersenam, susah sedikit akan hilang kejangnya berbanding orang yang kejang otot disebabkan salah posisi badan.

MINUMAN AIR GARAM BOLEH KEMBALIKAN KEPEKATAN ELEKTROLIT DALAM DARAH

Tetapi jika anda memberinya minuman ORS ini, ia akan mengembalikan kepekatan elektrolit di dalam darah dan mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.

Jadi setelah senam, elakkan daripada minuman air kosong yang terlalu banyak. Disyorkan minum air mineral kerana air mineral mengandungi sedikit sebanyak elektrolit. Jika kejang berlaku, boleh cuba minum ORS ini untuk membetulkan semula elektrolit dalam badan. Kalau tiada ORS, minum minuman yang berelektrolit pun tak mengapa.

Sumber: The Diagnosa

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×