Rakyat

Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Tersepit Eskalator, Tahan Sakit Hampir Sejam

29
SHARES

Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam, apabila kaki kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya. Bahaya!

Baca juga: Ayah Beli 5 Kipas, Jadi ‘Penyelamat’ Anak & Murid-Murid Panas Dalam Kelas Di Sekolah

KAKI TERSEPIT DALAM ESKALATOR HAMPIR SEJAM

Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia tiga tahun itu dikatakan menuruni eskalator dari tingkat dua bersama ibu bapanya, sebelum kaki kanannya tiba-tiba masuk dan tersepit di bahagian tepi eskalator.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.48 tengah hari.

“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya menurut laporan Bernama.

Memetik laporan Bernama juga, seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Nurul berkata, dia terdengar jeritan sebelum melihat kaki seorang kanak-kanak tersepit dalam eskalator itu.

“Keadaan memang panik, nasib baik ada yang segera menekan butang kecemasan bagi menghentikan eskalator itu. Kanak-kanak itu menangis hampir sejam sebelum pihak bomba datang mengeluarkan kakinya yang tersepit,” katanya.

Sumber: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×