Nur

Kadar & Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Ikut Negeri Sepanjang Tempoh PKP

130
SHARES

Untuk makluman semua, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dari Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan jawapan kepada setiap persoalan masyarakat berhubung pelaksanaan kutipan zakat fitrah bagi tahun ini. Memandangkan bulan Ramadan kali ini berlangsung dalam keadaan yang berbeza iaitu kita berada dalam tempoh Kawalan Pergerakan, kutipan zakat fitrah pada tahun ini juga akan turut mengalami sedikit perubahan.

Berikut merupakan kadar dan cara bayar zakat fitrah bagi tahun 2020 mengikut negeri secara atas talian.

KADAR ZAKAT & CARA PEMBAYARAN IKUT NEGERI

1. Johor

Kadar zakat: RM7.00, RM10.00

Kaedah pembayaran: Terdapat tiga kaedah pembayaran dalam talian iaitu melalui bayaran zakat fitrah melalui Zakat Johor Online Payment (http://www.epayment.maij.gov.my), Portal Johor Online Payment (JOP), https://onlinepayment.johor.gov.my) dan Portal SNAP N PAY Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

2. Kedah

Kadar zakat: RM5.00, RM7.00, RM14.00, RM21.00

Kaedah pembayaran: Korang boleh membuat bayaran zakat secara atas talian melalui laman web https://jom.zakatkedah.com.my, Laman sesawang Asnaf Care, https://asnafcare.com.my/; dan Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) http://bit/ly/zotkdh

3. Kelantan

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Di Kelantan, terdapat amil fitrah yang dilantik dan korang boleh membayar melalui https://zakat.e-maik.my/

4. Melaka

Kadar zakat: RM7.00, RM14.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan dua kaedah pembayaran iaitu QRPay Bank Muamalat dan laman sesawang izakat.com

5. Negeri Sembilan

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan 4 kaedah pembayaran iaitu Aplikasi ZakatN9, Aplikasi SnapNPay, JomPAY dan www.zakatns2u.biz

6. Pahang

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/

7. Perak

Kadar zakat: RM7.00, RM14.00, RM21.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dibuat melalui QRPayMaybank, Aplikasi SnapNPay dan GopayZ serta bayaran atas talian melalui www.maiamp.gov.my

8. Perlis

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran atas talian melalui Aplikasi SnapNPay

9. Pulau Pinang

Kadar zakat: RM7.00, RM16.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran atas talian seperti Aplikasi SnapNPay, JomPAY,QR Code, FPX dan GopayZ

10. Selangor

Kadar zakat: RM7.00, RM14.00, RM21.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran atas talian melalui portal eZakatPay di https://fpx.zakatselangor.com.my/; dan aplikasi GopayZ, Boost, QR Code, Ejen-ejen bank, Portal MyEG dan Pos Online

11. Terengganu

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dilakukan melalui aplikasi SnapNPay dan http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/

12. Sabah

Kadar zakat: RM6.00, RM7.50

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dilakukan di Portal MyEG, Ejen-ejen Bank dan aplikasi SnapNPay

13. Sarawak

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dilakukan di Portal MyEG, aplikasi SnapNPay, Maybank2U, aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak dan Portal Pelanggan TBS

14. Wilayah Persekutuan

Kadar zakat: RM5.00, RM7.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran atasa talian melalui portal PPZ fitrah.zakat.com.my, ejen-ejen bank, PayHalal, Portal MyEG, U-Mobile dan Pos Online

Jadi, dengan adanya kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian ini, ia akan memudahkan semua umat islam menunaikan kewajiban mereka tanpa alasan.

P/s: Aplikasi SnapNPay kini menyokong pembayaran zakat fitrah untuk pengguna di Wilayah Persekutuan, Labuan, Johor, Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Laman sesawang Majlis Agama Islam mengikut negeri-negeri di Malaysia mungkin buat masa ini ada yang belum mengemas kini pemberitahuan tentang perkara ini. Jadi para pengguna dinasihatkan supaya menyemak semula laman rasmi Majlis Agama Islam negeri masing-masing kemudian sepanjang bulan Ramadhan.

Atau terus sahaja hubungi pihak Majlis Agama Islam dan pusat-pusat Zakat di negeri masing-masing bagi mendapatkan info lanjut dan bantuan tentang cara pembayaran zakat fitrah secara atas talian.

APA PERLU BUAT JIKA TAK MAHIR TEKNOLOGI?

1. Mengapakah kadar zakat fitrah antara negeri-negeri di Malaysia tidak selaras?

Asal kewajipan zakat fitrah sebagaimana yang dinukilkan dalam perbahasan fiqh adalah makanan ruji masyarakat setempat. Di Malaysia, ia dinilaikan dengan beras yang menyamai sukatan segantang beras. Ringkasnya, perbezaan kadar zakat fitrah adalah disebabkan oleh jenis beras yang menjadi makanan ruji di sesebuah negeri berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pihak MAIN dan AMZ serta maklumat
dari pemborong.

2. Apakah pilihan kaedah pembayaran bagi mereka yang tidak mahir menggunakan teknologi atau tidak mempunyai capaian internet?

Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir kesemua MAIN dan AMZ, namun ia akan dilaksanakan pada tahap yang minimum. Mekanisme pelaksanaan ini akan diselaras sewajarnya sesuai dengan PKP yang sedang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, bagi negeri yang tidak menyediakan perkhidmatan bayaran fitrah melalui amil maka para pembayar perlulah merujuk pihak MAIN dan AMZ selaku pihak berkuasa agama negeri.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×