Rakyat

Cara Permohonan Kad Pengenalan 12 Tahun Online Di Portal JPN

3.1K
SHARES
permohonan kad pengenalan 12 tahun online

Kepada Ibubapa yang mempunyai anak yang akan memasuki umur 12 tahun, di sini dikongsikan cara memohon kad pengenalan 12 tahun untuk anak (daripada MyKid kepada MyKad).

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

qr kod permohonan mykad online 12 tahun

Langkah Permohonan Kad Pengenalan 12 Tahun (MyKad)

Permohonan MyKad 12 tahun kini boleh dilakukan secara dalam talian dengan langkah berikut:

  1. Permohonan boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR atau layari https://web12tahun.jpn.gov.my/.
  2. Pastikan anda telah berdaftar dengan Portal MyGovernment.
  3. Kemudian, log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Sila tick ‘Saya Setuju’ setelah baca dengan teliti Terma Dan Syarat Permohonan Kad Pengenalan
    Kanak-Kanak 12 Tahun
  5. Isikan maklumat pada kad pengenalan 12 tahun.
  6. Tekan butang HANTAR.
  7. Sila cetak slip maklumat permohonan kad pengenalan 12 tahun.

Rujuk contoh di bawah.

kad pengenalan 12 tahun

 

NOTA PENTING: Pastikan anda telah mematikan fungsi pop-up blocker. Rujuk manual pengguna di SINI.

Bayaran Yang Dikenakan Bagi Kad Pengenalan 12 Tahun

Bayaran membuat kad MyKad kanak-kanak 12 tahun adalah percuma.

Caj hanya akan dikenakan bagi:

  • Bayaran Kerana Lewat Memohon Kad Pengenalan(MyKad) Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun
    (WARGANEGARA)
  • Permohonan Kad Pengenalan(MyKad) bagi kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun akan dikenakan bayaran proses.

Baca juga: Jaringan Prihatin B40: Cara Mohon Subsidi RM180 / RM300 Peranti & Data

Rujuk Jadual Pembayaran 1A

Makluman Permohonan MyKad Bagi Kanak-kanak 12 Tahun Sepanjang Tempoh PKP

Sepanjang tempoh PKP, permohonan MyKad bagi kanak-kanak 12 tahun tidak akan dikenakan bayaran denda bagi pemohon yang mencapai usia 12 tahun 31 hari dan ke atas tetapi tidak melebihi 13 tahun pada hari permohonan.

kad pengenalan 12 tahun

Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan MyKad 12 tahun:

  1. Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara;
  2. Pasport (bagi pemohon yang menetap di luar negara);
  3. Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga);
  4. Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan bil utiliti atau dokumen sokongan berkaitan.

KAD PENGENALAN 12 TAHUN

MyTemuJanji JPN

Permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada
[email protected].

Maklumat lanjut boleh dirujuk di Portal Rasmi JPN.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×