Famili

Jus Buah Lebih Tinggi Kandungan Gula Dari Air Bergas? Baca Ini Supaya Anda Tak Ketagih Gula

99
SHARES

Kalau kita pergi ke pasaraya, memang rambang mata dibuatnya untuk memilih pelbagai variasi jus kotak. Seperti yang diketahui ramai, jus kotak adalah alternatif lain bagi orang ramai untuk mendapatkan khasiat buah-buahan dalam pemakanan seharian. Tetapi, tahukah anda bahawa kandungan gula dalam jus buah-buahan kotak dekat pasaran adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan air bergas? Mungkin ramai yang terkejut dengan kenyataan ini tetapi inilah hakikatnya.

Oleh itu, jom kita baca perkongsian dari Encik Hafiz Sulaiman di laman Facebooknya, dimana beliau berkongsi mengenai isu kesihatan yang berkaitan dengan kandungan gula dalam jus kotak. Ternyata, ramai yang baru tahu!

JUS KOTAK

http://www.andaikata.com/

http://www.andaikata.com/

Jika anda memilih jus kotak berbanding air soda bergas supaya lebih selamat…Ketahuilah bahawa jus kotak ialah JUNKFOOD. Jika masih ada sisa buah-buahan di dalamnya, Ia biasanya mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tambahan. Sudahlah sangat tinggi kandungan gulanya…lebih teruk, disebabkan serat yang kebanyakannya dibuang, anda menyerap hampir kebanyakan kandungan gula didalamnya!

Bayangkan, 200ml jus kotak mengandungi hampir 20g kandungan gula ataupun 5 sudu gula..gula yang paling TOKSIK iaitu FRUKTOSA (HFCS).

Gula fruktosa mudah :
1) Menyebabkan ketagihan gula!
2) Membebankan dan merosakkan organ hati.
3) Meningkatkan asid urik penyebab gout.
4) Meningkatkan kolesterol benar2 jahat.
5) Meningkatkan stres dan kerosakan organ terutama otak dan saraf.
6) Meningkatkan risiko diabetes, masalah hormon seperti PCOS dan masalah rintangan insulin yg lain.
7) Mengurangkan kesan hormon kekenyangan (leptin) dan meningkatkan hormon sangap (ghrelin).

http://www.dailymail.co.uk/

http://www.dailymail.co.uk/

“Seriously” menggemukkan..itu dalam susu pekat teh tarik tu, fruktosa la tu. Gula yang digelar “alkohol tanpa mabuk” oleh pakar obesiti terkenal yang juga pakar hormon kanak2 Dr Robert Lustig. Sila periksa label jumlah gula di belakang jus kotak, anda akan dapati rata-ratanya mengandungi jumlah kandungan gula 15-35gram sekotak..

Maka elakkan jus kotak, usah selalu disuakan racun gula ini kepada anak-anak anda sehingga mereka ketagihan. Selamatkan otak, saraf dan penglihatan mereka daripada bahaya kerosakan “glikasi” kesan pengambilan gula. Allah selamatkan kamu..

Sumber Facebook : Hafiz Sulaiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×