Suami Isteri

Jururawat Ditik*m Suami Enam Kali, Mahkamah Sahkan Cerai Taklik Selepas Langgar Janji Perkahwinan

cerai taklik

Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan pada Ahad mengesahkan cerai taklik membabitkan seorang jururawat berusia 44 tahun, selepas suaminya mengaku melanggar lafaz taklik dengan menikam wanita itu sebanyak enam kali di rumah mereka di Ketereh, pada 5 Oktober lalu.

Hakim Mohd Anwan Ab Muttalib membuat keputusan itu selepas mendengar pengakuan lelaki berusia 47 tahun berkenaan dalam prosiding yang berlangsung kira-kira sejam.

Baca juga: “Dah Pesan Sekolah Tutup…”- Wanita Kehilangan Tiga Anak Sekelip Mata, Selepas Patah Balik Dari Sekolah

JURURAWAT PARAH DITIKAM: MAHKAMAH SAHKAN CERAI TAKLIK

cerai taklik

Gambar Wanna Abdul Rahim: Suspek (tengah) di Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan.

Mahkamah sahkan perceraian selepas suami langgar lafaz taklik

Menurut Mohd Anwan, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif selepas mendapati defendan melanggar lafaz taklik yang dibuat ketika perkahwinan mereka kira-kira enam tahun lalu.

“Selepas mendengar pengakuan defendan, mahkamah hari ini (semalam) memutuskan untuk membenarkan tuntutan plaintif dan mengesahkan perceraian secara taklik.

“Mahkamah mendapati defendan melanggar lafaz taklik yang dibuat ketika perkahwinan mereka kira-kira enam tahun lalu apabila menikam plaintif sebanyak enam kali sehingga menyebabkan kecederaan serius.

“Plaintif kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya.

Keputusan itu dibuat berdasarkan Seksyen 50 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002, yang memperuntukkan perceraian melalui taklik atau janji bersyarat yang dibuat ketika perkahwinan.

Dalam kes ini, perbuatan suami yang menyebabkan kecederaan fizikal terhadap isterinya didapati melanggar syarat taklik berkenaan.

Baca juga: Pekerja Makmal Terkejut, Berbelas Tahun Tak Jumpa Cacing Sebesar 24cm Dalam Sampel Najis Pesakit!

Isteri failkan permohonan cerai pada September lalu

cerai taklik

Gambar Hazelen Liana Kamarudin: Nik (kanan) menunjukkan lokasi di mana bapa tirinya bersembunyi selepas menikam ibunya pada Isnin lalu.

Terdahulu, wanita berkenaan memfailkan permohonan perceraian pada 21 September lalu. Beliau diwakili peguam Sufian Zakaria daripada firma Hafiz Sufian & Co, manakala suaminya tidak diwakili peguam.

Lelaki itu tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi ketika masih dalam tahanan reman. Dia direman polis sejak 6 Oktober lalu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan jururawat berkenaan mengalami kecederaan parah selepas ditikam suaminya di kediaman mereka di Kampung Padang Lepai, Ketereh.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×