PERKHIDMATAN ONLINE JPN eSERVICES
Perkhidmatan eServices dapat dilaksanakan dengan lebih segera dan lancar. Perkhidmatan ini juga dapat mengelakkan kesesakan di kaunter-kaunter perkhidmatan pejabat JPN.
Kementerian memberikan jaminan bahawa keselamatan maklumat peribadi dan data-data sensitif pengguna berada di tahap yang tinggi.
Kini proses permohonan urusan berkaitan dapat dilaksanakan secara dalam talian di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang Perkhidmatan Online JPN eServices ini.
Apakah JPN eServices Online?
Perkhidmatan Online JPN eServices adalah perkhidmatan dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia yang membolehkan pemohon membuat urusan secara atas talian tanpa perlu ke kaunter.
Perkhidmatan ini merupakan inisiatif bagi mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan menjadi lebih efisyen dan mesra pengguna.
Baca juga: Kad Pengenalan Hilang? Ini Prosedur Permohonan MyKad Secara Online & Kadar Denda
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan JPN eServices ini melibatkan permohonan dokumen bagi urusan berikut:
- Pendaftaran Kelahiran
- Cabutan Rekod Kelahiran
- Kad Pengenalan 12 Tahun
- Cabutan Rekod Kad Pengenalan
- Pendaftaran Perkahwinan
Pemohon hanya perlu hadir ke kaunter JPN untuk membuat pengesahan cap jari dan seterusnya membuat kutipan dokumen berkaitan yang telah siap dicetak.
Cara Permohonan Penggunaan Perkhidmatan eServices
Berikut adalah cara permohonan dokumen yang ditawarkan melalui eServices di laman web https://www.jpn.gov.my/
1) PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAHIRAN ONLINE JPN
2) PERMOHONAN CABUTAN / SALINAN SIJIL KELAHIRAN ONLINE
3) PERMOHONAN KAD PENGENALAN KANAK-KANAK 12 TAHUN ONLINE
4) PERMOHONAN CABUTAN DAFTAR KAD PENGENALAN JPN KP12 ONLINE
5) PENDAFTARAN PERMOHONAN PERKAHWINAN TANPA LESEN (BUKAN ISLAM)
Berikut adalah pautan bagi lain-lain perkhidmatan online JPN:
- Sistem MyJanjiTemu JPN
- Urusniaga Kad Pengenalan
- Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian
- Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakui Dalam Talian
- Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen Secara Dalam Talian (Bukan Islam)
- Semakan Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen (Bukan Islam) Yang Dimohon Secara Dalam Talian
- Semakan Penolong Pendaftar Perkahwinan (Bukan Islam)
- Status Permohonan MyKid
- myIDENTITY(KemasKini Alamat Surat Menyurat)
- MyPhone-In
- Perkhidmatan MySMS
- Sistem Aduan Integriti KDN
MAKLUMAT LANJUT
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Permohonan temujanji boleh dibuat dengan melayari pautan: https://mytemujanji.jpn.gov.my/