Famili

Jom Saksikan Tayang Video Pendek Maxis Di Skrin LED Gergasi Bukit Bintang. Memang Comel Karakter Dia!

212
SHARES

Psst…min ada sesuatu nak bagi tahu ni, anda tahu tak yang skrin LED gergasi yang terletak di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur akan memaparkan sesuatu yang mengagumkan untuk anda semua. Eh…apa tu?

Maxis kini merancang sesuatu yang istimewa untuk semua rakyat Malaysia tau. Kalau nak tahu kejutan istimewa apa yang mereka dah sediakan ni, anda kenalah tunggu.

Mesti anda excited nak tahu apa kan? Jom min kongsikan sesuatu dengan anda.

Ada karakter COMEL di Pavilion, Kuala Lumpur?

Min percaya mesti anda semua selalu ke Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk window shopping kan?

Haaa…mesti anda ada terperasan satu video pendek yang mempamerkan karakter-karakter yang comel di skrin LED gergasi 3D Digital Out Of Home (DOOH).

Video pendek yang dihasilkan oleh Maxis ini, menampilkan seorang budak lelaki yang mendapatkan bantuan dari seekor dinocorn untuk menerokai keriangan di setiap sudut rumah dengan bantuan internet  Maxis Home Fibre.

Bukan setakat itu je, dinocorn ini juga akan membawa anda menerokai hutan belantara yang penuh dengan sekumpulan haiwan yang sangat comel siap boleh melompat keluar dari skrin lagi seperti harimau, gajah, monyet, ular dan rama-rama. Wow!

Lain macam betul lah video pendek Maxis kali ni siap ada kesan 3D lagi memang real. Macam ni baru syok!

Bawa pulang Maxis Home Fiber, bawa pulang lebih keriangan.

Pengalaman internet yang lebih baik dengan Maxis!

Macam yang anda tahu, sejak memulakan operasi pada 1993, Maxis sentiasa setia bersama rakyat Malaysia sebagai syarikat telekomunikasi yang terkemuka dalam menyediakan rangkaian mudah alih terbaik.

Sebagai sebuah jenama yang komited untuk memastikan semua rakyat Malaysia sentiasa kekal berhubung, Maxis telah menyediakan pelan mudah alih berkelajuan tinggi 4G dan giat berkembang untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna mereka.

Tujuan utama Maxis ialah ingin membantu rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dengan rangkaian menyeluruh yang sesuai untuk kehendak dan keperluan digital pengguna.

Pelan fiber yang sesuai dengan keperluan internet anda dan mampu milik

Bagi memenuhi permintaan WiFi rumah berkualiti, Maxis hari ini mengumumkan tawaran baru untuk pelanggan fiber di rumah dengan pemberian router yang menyokong WiFi 6.

Penggunaan router WiFi 6 ni, membolehkan pengguna menikmati kelajuan internet yang bukan sahaja pantas, tetapi lebih stabil dan liputan yang lebih meluas di dalam rumah. Malah, ia juga mampu menyokong lebih banyak sambungan peranti dalam masa yang sama, tanpa menjejaskan kualiti sambungan.

Dengan Maxis Home Fibre, anda bukan sahaja mendapat pelan internet rumah tetapi pengalaman internet rumah yang lengkap dan lebih baik.

Ini antara kelebihan Maxis Home Fiber yang anda bakal rasai :

  • WiFi lebih pantas pada WiFi 6 untuk lebih banyak peranti yang disambungkan untuk bekerja, bermain dan belajar
  • Peranti rumah terkini mampu milik dengan Maxis Zerolution
  • Liputan WiFi yang lebih luas dioptimumkan oleh Maxperts, pakar WiFi Maxis

Yang paling penting bagi mereka yang baharu menggunakan perkhidmatan internet rumah Maxis Home Fibre ni anda boleh menikmati pelan bulanan dari serendah RM89/sebulan dan boleh memilih kelajuan sehingga 800mbps.

Bagi semua pengguna Maxis, anda juga boleh menikmati jualan berterusan Maxis yang menawarkan peranti rumah pada harga yang sangat berpatutan. Ini yang kita mahukan!

Mesti anda teruja nak gunakan Maxis Home Fiber ni kan? Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi Maxis. Rangkaian Maxis, Sentiasa Mendahului Bersama!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×