Inspirasi

Jiran Sepakat Membawa Berkat, Hasilkan Kebun Belakang Lorong Rumah Lama Terbiar

49
SHARES

Pepatah melayu ada mengatakan bahawa `Jiran sepakat membawa berkat’. Jadi, kita perlulah menanam  semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Pepatah ini sama dapat dikaitkan dengan satu kisah yang tular di media sosial mengenai kebun yang cantik serta kemas. Kesepakatan adalah kunci utama dalam hidup berjiran untuk mengelakkan pergaduhan dan salah faham.

Baca juga: [VIDEO] Susun Elok-Elok & Tak Campak Setiap Kali Hantar Barang, Lelaki Ini Terima Pujian

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT, HASILKAN KEBUN BELAKANG LORONG RUMAH

Menurut perkongsian daripada Aida Haniza Adnan, kebun tersebut diberi nama Garden 8 terletak di Taman Perwira, Gombak Setia dan diusahakan oleh lapan keluarga. Kebun tersebut terhasil kerana tidak mahu membiarkan satu lorong di belakang kawasan rumah terbiar dan tidak diberi perhatian.

Jiran Sepakat Bawa Berkat. Garden 8 ~ Kebun Kejiranan di Taman Perwira, Gombak Setia. Usaha padu 8 keluarga merealisasi lorong belakang yang satu ketika dahulu terbiar dan tidak diberi perhatian kepada sebuah kebun taman yang bukan sahaja indah dan cantik tetapi memberi hasil pada penghuninya.

Kami juga mempraktikkan gayahidup hijau dengan sistem pengumpulan air hujan (SPAH), mengitar semula sisa makanan dan kebun untuk dijadikan kompos dan baja dan mengitar semula 3R (plastik, tin dan kertas). Lampu-lampu di Garden 8 juga menggunakan tenaga solar yang menyerikan kebun taman diwaktu malam.

Garden 8 adalah tempat kami mengukuhkan ukhwah sesama jiran tetangga, menjadi tempat mengeluarkan peluh dengan aktiviti berkebun, untuk anak-anak dan cucu-cucu kami belajar mengenai sayur-sayuran dan herba kerana semua pokok-pokok dilabel dan tarikan utama adalah tiang tunjuk arah bandar-bandar utama didunia dan nama lama bandar-bandar tersebut.

Juga terdapat sebuah orang-orang (scarecrow) buat anak-anak yang jarang-jarang dapat melihat orang-orang secara dekat dan weather station untuk melihat suhu semasa dan aras air hujan. 

Harapan kami agar Garden 8 dapat memberi inspirasi pada sesiapa sahaja untuk membangunkan kebun kejiranan di kawasan rumah masing-masing. Untuk yang ingin berkunjung ke Garden 8, kami mengalu-alukan kedatangan anda.

Wah, cantik dan kreatif betul. Hidup di bandar tetapi dapat juga rasa vibes ala-ala kampung.

Sumber: Facebook Aida Haniza Adnan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×