Nur

Mufti Kedah Jelas Hukum Pamer Imej Scan Bayi Dalam Kandungan Kepada Tatapan Awam

1.4K
SHARES
scan bayi

Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman telah memutuskan hukum mempamerkan imej scan bayi dalam kandungan untuk tatapan awam sebagai makruh tanzih. Makruh tanzih ialah perkara yang dibenci tetapi tidak mendatangkan dosa, misalnya makan bawang mentah.

Jadi, para ibu kenalah berhati-hati jika ingin memuat naik apa sahaja foto yang berkenaan imbasan janin dalam kandungan tersebut.

HUKUM PAMER IMEJ SCAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Menerusi kenyataan tersebut, paparan imej yang terhasil adalah bersifat sangkaan semata-mata dan bukan hakikat sebenar. Sekiranya seseorang itu meyakini imej janin tersebut sepenuhnya, akidahnya berkemungkinan akan terjejas.

scan bayi

scan bayi

HAD HARUS ADALAH IMBASAN 2D

Kaedah imbasan janin dalam rawatan maternity pula pada asalnya harus memelihara nyawa ibu dan bayi dalam kandungan. Selain itu, hanya imbasan ultra sound 2D sahaja merupakan had keharusan yang dibenarkan oleh syarak. Sekiranya perlu menggunakan jenis imbasan ultra sound selain 2D iaitu 3D, 4D, 5D dan lain-lain, perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar agama terlebih dahulu.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Negeri Kedah juga turut mengingatkan kaum wanita untuk menyimpan gambar janin dalam kandungan bagi menjaga maruah serta adab seorang muslimah serta menghayati sifat mahmudah.

Jawatankuasa Fatwa turut menasihatkan semua pohak supaya cukup hanya menzahirkan dan berkongsi kegembiraan tersebut dengan mahram, ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat sahaja.

Sumber : Jabatan Mufti Negeri Kedah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×