Asuh

Rupanya Mak Ayah Boleh Kenal Personaliti Anak Melalui Jenis Permainan Yang Digemari!

1.4K
SHARES

Membesarkan anak-anak merupakan antara cabaran yang dilalui oleh ibu bapa. Tambah pula kalau ada anak-anak yang ramai dan berbeza minat, pening juga untuk mak ayah nak menentukan arah manakah minat anak-anak untuk dipupuk sejak dari kecil bukan? Tetapi sebenarnya, minat anak-anak sudah anda boleh ketahui melalui pemilihan permainan seharian mereka.

Menurut kajian, personaliti anak-anak boleh dilihat dari segi pemilihan mainan dan cara mereka ‘berkomunikasi’ bersama mainan tersebut. Jadi, buat mak ayah yang ada anak-anak dan timbunan mainan di rumah itu, apa kata anda ‘check’ mainan jenis manakah yang menjadi kegemaran si manja supaya dapat dikenalpasti personaliti mereka.

Minat Kanak-Kanak Berkait Dengan Personaliti Mereka

1. Dinosaur

Anak yang suka mainan dinosaur mempunyai daya berfikir yang kuat. Seorang yang cekap, pintar dan pantas. Boleh menghafal nama dinosaur dengan betul.

2. Bulldozer

Minat dengan mainan bulldozer mempunyai daya ketahanan diri yang kuat. Suka perkara lasak dan bijak berdikari. Seorang yang minat perkara teknikal dewasa kelak.

3. Barbie Doll

Anak perempuan yang selalu bermain barbie doll mempunyai keperibadian yang lembut, manja dan suka melaram. Mereka juga turut minat seni dan menjadi seorang yang kreatif.

4. Permainan Doktor

Anak yang suka permainan seperti doktor atau perubatan merupakan anak yang cepat matang. Mereka suka menolong orang dan disayangi masyarakat.

5. Kapal Terbang

Anak yang suka kapal terbang selalunya bijak dan sukakan teori. Jika diasah minat ini boleh dijadikan dunia perkapalan sebagai kerjaya.

6. Permainan Musik

Anak yang meminati alat music adalah seorang yang kreatif dan minat teori. Boleh jadi akan membesar menjadi ahli musik atau pakar bidang profesional.

7. Kereta

Anak yang minat permainan kereta mempunyai sifat ceria dan mudah mesra. Minat mereka lebih cenderung kepada bidang automotif dan mesin. Asah bakat mana tahu jadi jurutera nanti.

8. Permainan Memasak

Anak yang minat permainan ini mereka seorang yang penyayang, bertanggungjawab dan kreatif. Selalu berlakon menjadi mama atau chef terkenal. Layanlah anak bermain membuatkan mereka belajar bertanggungjawab.

9. Permainan Superhero

Anak yang berjiwa satria meminati mainan superhero. Mereka berjiwa besar serta minat kepada pertahanan negara dan kerja-kerja yang mencabar.

*Jadi, anak anda paling minat mainan yang mana?

Sumber: Eddy Rusdi81

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×