Dapur

Dapat 3 Juta Tontonan, Gadis Ini Kongsi Cara Basuh Buah Kurma Sebelum Makan Untuk Buang Ulat

87
SHARES

Ramadan tiba Ramadan tiba! Bila masuk sahaja bulan Ramadan, pasti kita membayangkan pelbagai jenis makanan enas yang bakal dihidangkan semasa berbuka puasa kelak. Selain dari meningkatkan amalan ibadah bagi mendapatkan pahala berganda, tidak dilupakan juga makanan sunnah Rasulullah iaitu buah kurma. Memang mempunyai banyak khasiat, buah kurma ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja bagi mengekalkan tenaga! Tapi biasanya kurma yang kita beli tu, kita terus langsung memakannya tanpa membasuhnya terlebih dahulu.

Salah ke kalau kita makan buah kurna tanpa membasuhnya terlebih dahulu? Tular sebuah video pendek di TikTok dikongsikan oleh seorang gadis ini yang menunjukkan bagaimana caranya mencuci buah kurma yang baru dibeli sebelum memakannya. Menurut perkongsian gadis tersebut, basuhan itu adalah bagi menghilangkan kotoran dari buah kurma serta sebarang ulat yang ada di dalamnya.

CARA BASUH BUAH KURMA SEBELUM MAKAN

Cara basuhannya mudah, hanya dengan memasukkan buah kurma tersebut ke dalam air yang dicampuri garam selama 10 hingga 15 minit. Kemudian boleh simpan dalam bekas yang tertutup rapat. Bagaimanapun, ramai juga warganet yang mempersoalkan cara tersebut kerana kuatir buah kurma tidak tahan lama selepas dibasuh.

@azween_muzaniKurma ada ulat kena cuci dulu. ##ramadhan ##ramadhantiba♬ original sound – Azween_Muzani

BOLEH TAHAN LAMA KE KURMA SELEPAS DIBASUH?

Namun, gadis yang dikenali dengan nama Azween Muzani itu membuat perkongsian video lain menunjukkan buah kurmanya yang melalui proses basuhan dari bulan Januari, bertahan sehingga kini. Walaupun pelbagai persoalan timbul, Azween menyatakan ia terpulang kepada cara masing-masing dan tidak menjadi masalah untuk memakan buah kurma yang dibeli itu tanpa membasuhnya dahulu.

@azween_muzaniReply to @ns24434 Hi.. semoga membantu 🤗♬ original sound – Azween_Muzani

Sumber: Azween Muzani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×