Hebahan

Tangan Terikat, Tak Berseluar. Mayat Anak 11 Tahun Ditemui Selepas 11 Hari Hilang

1.8K
SHARES

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu dari rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan Pahang terjawab setelah  satu mayat reput ditemui pada petang Sabtu.

Mayat kanak-kanak yang ditemui oleh penduduk kampung

Ditemui Dalam Keadaan Tangan Terikat, Tidak Berseluar, Beberapa Organ Dalaman Hilang

Apa yang menyayat hati, mayat kanak-kanak tersebut, Siti Masyitah Ibrahim yang dipercayai dibunuh itu ditemui dalam keadaan tangan terikat tanpa seluar.

Selain itu, keadaan tubuh didapati tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan, manakala berapa organ dalamannya juga tidak dijumpai.

Setelah 11 hari hilang, dia ditemui kira-kira pukul 4 petang oleh penduduk kampung, 3 kilometer dari rumahnya.

Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan dipercayai hilang pada 30 Januari lalu ketika pergi ke kedai runcit kira-kira pukul 5 petang sebelum tidak pulang ke rumah.

Katanya, ahli keluarga yang bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

Jenayah seksual di malaysia

Basikal yang dipercayai digunakan mangsa.

Bedah Siasat Sedang Dijalankan

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, mayat kanak-kanak malang itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk proses bedah siasat.

“Kita akan menjalankan proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat,” katanya.

Sumber : Astro Awani, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×