Tech

7 Tips Beli Robot Vacuum Terbaik Di Malaysia, Jenama & Harga

181
SHARES

Macam best je kalau ada ‘bibik moden’ dekat rumah kan? Sekarang ni ramai dah ada robot vacuum tu. Kita pun teringin nak ada satu juga. Tapi, macam mana nak pilih robot vacuum terbaik dan berbaloi untuk kegunaan kita?

Umumnya kita tahu robot vaccum adalah sejenis alat untuk memudahkan kerja vacuum lantai di rumah. Bentuknya bulat dan boleh jalan sendiri.

Robot vacuum juga boleh dikawal dengan mudah menggunakan aplikasi telefon bimbit. Masalahnya, nak beli robot vacuum yang mana satu ya?

Banyak betul pilihan yang dijual di kedai dan online, harganya pun bermacam-macam.

Sebelum beli robot vacuum, kita kena pastikan dahulu robot vacuum apa yang sesuai digunakan dengan kediaman kita.

Jom kita semak beberapa perkara yang perlu kita tahu sebelum beli robot vacuum.

7 Tips Beli Robot Vacuum Terbaik Di Malaysia

1. Bentuk & Saiz

Walaupun nampak remeh, sebenarnya bentuk dan saiz robot vacuum adalah penting bagi memastikan setiap sesi pembersihan dilakukan dengan berkesan.

Jika anda mahu robot vacuum yang boleh bersihkan sudut, belilah model yang berbentuk ‘D’ berbanding berbentuk bulat.

Pastikan juga robot vacuum mempunyai ketinggian yang sesuai bagi melalui bahagian bawah perabot anda seperti bawah almari, katil atau sofa.

Kredit Foto : pcmag.com

2. Kebolehan ‘Mapping’

Tujuan kita membeli robot vacuum tentunya untuk memudahkan kerja membersihkan lantai dalam sekali jalan.

Oleh itu, anda sangat disarankan untuk beli robot vacuum dengan kemudahan ‘mapping’.

Kemudahan ini membolehkan robot vacuum untuk mengenali ruang bilik dan akan membersihkan lantai dengan lebih berkesan dan meliputi sebanyak ruang yang boleh.

3. Kapasiti Mengumpul Habuk

Robot vacuum memiliki pelbagai saiz bekas pengumpul habuk.

Ada model yang didatangkan dengan bekas yang sangat kecil, ada yang besar sehingga boleh jalan beberapa kali sebelum penuh.

Semakin besar bekas pengumpul habuk, semakin kurang kerja anda untuk kosongkan bekas berkali-kali. Saiz standard bagi bekas pengumpul habuk ialah sekurang-kurangnya 0.6 liter.

Anda boleh semak dahulu secara online sebelum membuat pembelian.

Kredit Foto : knoxvillemarketsquare.com

4. Jangka Hayat Bateri & Pengecasan

Jangka hayat bateri & pengecasan robot vacuum juga penting bergantung kepada kekerapan penggunaan. Biasanya bateri robot vacuum boleh bertahan antara 75 minit hingga 150 minit.

Kalau kapasiti pengumpul habuk besar pun tak guna kalau bateri tak tahan lama.

Robot vacuum yang ada jangka hayat bateri lebih lama semestinya lebih baik dan memudahkan kerja pembersihan dalam satu sesi sahaja.

Ada sesetengah robot vacuum yang pandai pergi ke stesen pengecasan sendiri bila bateri sudah lemah.

Beberapa model juga pandai sambung sesi pembersihan di tempat yang telah terhenti tadi.

5. Pilih Mengikut Jenis Lantai Di Rumah

Setiap robot vacuum ada kemampuan masing-masing dalam membersih. Pastikan anda memilih model yang sesuai dengan keadaan lantai di rumah anda. Adakah lantai rumah anda jenis kayu atau berjubin?

Pastikan anda memilih robot vacuum yang boleh membersih dengan baik mengikut jenis lantai.

Bagi yang menggunakan karpet, pastikan anda memilih robot vacuum yang mempunyai kebolehan sedutan kuat dan boleh bergerak antara lantai ke karpet dengan mudah.

6. Haiwan Peliharaan

Bagi pemilik haiwan peliharaan di rumah, masalah bulu gugur di merata tempat pasti merunsingkan. Bulu yang bergumpal juga boleh menyebabkan rumah cepat berhabuk.

Penghuni rumah juga boleh kena alergi jika lantai tidak dibersihkan dengan baik.

Pilihlah robot vacuum yang boleh membersihkan bulu haiwan secara berkesan dengan kapasiti pengumpul habuk yang lebih besar.

Kredit Foto : walshfreedom.com

7. Antara Jenama Robot Vacuum Yang Elok & Berbaloi

Bila sentuh bab jenama, masing-masing punya cita rasa dan bajet masing-masing.

Tak kira jenis apa pun, pilihan yang paling tepat ialah robot vacuum yang ada ciri-ciri sesuai dengan kediaman dan harganya berbaloi.

Sekurang-kurangnya, pilihlah robot vacuum yang ada ‘sensor’ sendiri supaya tak mudah rosak akibat terjatuh tangga atau terlanggar alatan atau perabot di rumah.

Carilah robot vacuum dengan jenama yang boleh dipercayai dengan harga berpatutuan seperti Roborock, Philips, Xiaomi atau Khind.

Bagi yang mempunyai bajet lebih, anda boleh beli model Neabot Robotic atau iRobot Roomba.

Sebagai permulaan, kami senaraikan beberapa model robot vacuum dengan harga berbaloi untuk anda :

1. Khind Robotic Vacuum Cleaner VC9X6A (RM 388.00).

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kredit Foto : goshop.com

2. Midea Sweeping Robot R 3T CN (RM 499.00).

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

robot vacuum terbaik di malaysia

Kredit Foto : productnation.co

3. Xiaomi Robot Vacuum Cleaner G 1 (RM 659.00).

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kredit Foto : ohmymi.com.my

4. Dibea GT 200 Robot Vacuum (RM 720.00).

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

robot vacuum terbaik di malaysia

Kredit Foto : dibea.com.my

 

5. Philips SmartPro Easy Robot Vacuum Cleaner FC8792/ FC 8794 (RM 728.00).

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

robot vacuum terbaik di malaysia

Kredit Foto : philips.com.my

6. Roborock S7 (Harga RM2799)

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

roborock s7 rpbot vacuum terbaik di malaysia

7. Xiaomi Smart Robot Vacuum Cleaner 1C Floor Sweeping Droid MOP (RM799)

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Baca juga: 8 Perkara Kena Faham Dulu Sebelum Beli Air Fryer. Tak Payah Ikut-ikut Orang

Pilihan Di Tangan Anda!

Pilihlah robot vakuum mengikut bajet bersesuaian dengan ciri-ciri yang menepati keperluan anda. Model yang terlalu murah dengan waranti pendek mungkin tidak dapat membersih dengan baik.

Jadi, tidak salah untuk melabur sedikit untuk pembersihan yang lebih berkesan dan menjimatkan masa.

Anda juga boleh baca ‘review’ di laman ‘online shopping’ seperti Shopee dan Lazada bagi membantu anda memilih buat pembelian.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×