Bersalin

“Janganlah Bandingkan Ibu Yang Bersalin Secara Pembedahan Dengan Bersalin Normal”

1.1K
SHARES

Kondisi emosi ibu yang selesai melalui proses bersalin kadang-kadang boleh berada pada tahap yang berbeza. Mungkin akan ada yang emosi menjadi stabil dan mungkin akan ada yang mengalami masalah kestabilan emosi. Bukan sahaja perlu menjaga emosi sendiri, si ibu juga memerlukan bantuan dari suami dan orang sekeliling supaya mereka dapat mengharungi hari-hari berpantang dengan lancar.

5 Jenis Emosi Yang Suami Kena Tahu Selepas Isteri Bersalin

1.EMOSI SEDIH

Selepas bersalin, isteri kita akan menanggung pelbagai jenis kesulitan. Sakit yang mencucuk cucuk di kawasan luka, sakit semasa buang air, bengkak susu dan puting melecet. Semua ini menyebabkan isteri mudah menangis secara tiba tiba.

2.EMOSI BIMBANG

Biasanya isteri bimbang jika haid tidak teratur sepanjang proses penyusuan, (fully breastfeed). Ini kerana hormon prolaktin yang tinggi, akan mengganggu pengeluaran hormon haid. Jangan risau. Biasanya haid akan kembali teratur dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

3. EMOSI GEMBIRA

Hormon gembira atau Oksitosin ini keluar secara semulajadi daripada badan. Itu yang bila peluk cium baby, automatik kita akan rasa tenang dan gembira.

4. EMOSI MARAH

Jika tertekan, isteri kita mudah stress dan marah marah. Jadi, jangan pelik kalau emosi si dia tiba tiba jadi tak stabil. Kejap marah, kejap redup, kejap menangis. Tu mungkin gejala ‘Baby Blues’. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau gejala itu berterusan, ada baiknya bawa isteri berjumpa doktor, bimbang kalau ada masalah kemurungan selepas bersalin (Postpartum Depression). Postpartum depression ni bahaya ke. Ya memang bahaya! Jika tidak dirawat, isteri kita berpotensi untuk mencederakan dirinya sendiri.

5. EMOSI SENSITIF

Kita digalakkan melawat ibu yang baru bersalin, cuma elakkan datang ziarah terlalu awal. Beri mereka masa untuk terbiasa dengan suasana baru, lebih lebih lagi jika ibu itu berpantang sendiri. Elakkan soalan sensitif seperti, ‘Alahai, kecilnya anak kamu’, atau ‘gelapnya kulit anak kamu’. Jika ibu tersebut bersalin secara pembedahan, jangan pula tetamu bandingkan si ibu tu dengan kenalan yang bersalin secara normal.

Banyakkan doa dan kata semangat supaya si ibu rasa lebih tenang dan bermotivasi. Sebenarnya, masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka episiotomi atau c-section, namun luka emosi itu sendiri yang lebih dasyat.

Sumber: Saidatul Husna

To Top
SKIP THIS AD ×