Sebelum memasuki dunia lebih remaja dan dewasa, anak-anak mempelajari pelbagai benda ketika umur masih kecil. Lebih merisaukan apabila apa yang kita lakukan akan mereka contohi. Oleh itu, setiap percakapan dan perbuatan haruslah yang baik-baik dan positif sahaja agar tidak mempengaruhi anak terutamanya jika berada di dalam kereta kerana gelagat sebenar ibu bapa boleh dilihat ketika memandu.
Baca juga: Perangai Ibu Bapa Mengumpat Anak Sendiri Ibarat ‘Makan Daging’ Mereka…
JANGAN LEKA, PENTING MAK AYAH JAGA PERCAKAPAN
Anak ni belajar macam-macam dalam kereta. Tergamam saya bila ada budak yang baru berumur 4 tahun jagung dah pandai marah kawan yang lebih tua 2 tahun dari dia.
“Bodoh, tak nampak ke?”
Puncanya basikal mereka berlaga dan tersangkut di bahagian roda sokongan. Tak serius mana pun, tiada yang cedera tapi ledakan emosi marah dia tu sangat jelas kelihatan di muka. Ketat dan kelam mukanya. Melihat raut wajah yang kemerahan dan ketap bibir tu buat saya makin takut nak bercakap bukan-bukan depan anak. Terutamanya ketika di dalam kereta, aduh!
Orang kata personaliti seseorang masa di luar kereta dan dalam kereta ni jauh berbeza. Saya pun sama je, kadang-kadang terlepas kata-kata kasar bila ada kereta yang kurang ajar potong Q sesuka hati. Kadang-kadang rushing sangat sampai nampak semua kereta lain gerak macam siput. Aduhai.. nyesal sungguh la.
Memang tak di nafikan bila masuk sahaja kereta mesti datang aura ‘nak cepat’ walaupun tiada urusan penting pun.
Dan mesti ada rasa jalan itu kita ‘punya’ tak boleh mengalah dengan orang lain hatta ambulance sekalipun.
Bila perkara yang tak di jangka berlaku kita cepat melatah. Nampak kereta potong Q kita maki, kereta keluar tak bagi signal kita kata bodoh. Seolah-olah kita ni tak pernah potong Q dan tak bagi signal pula. (Kata kat diri sendiri)
Selain dari rumah anak kita sebenarnya banyak belajar tentang akhlak, moral, etika dan bahasa di dalam kereta.
Walaupun masa dalam kereta mereka nampak sibuk memanjat, berguling, tengok hp tapi sebenarnya mata dan telinga mereka duk catit duk salin setiap gerak laku kita.
Kita korek hidung berapa kali pun diorang boleh tahu. Seriusss! Kereta ni macam perpustakaan bergerak untuk anak kita. Setiap perjalanan tu adalah pengalaman baru bagi mereka. Banyak sebenarnya ilmu baru yang mereka telaah hanya dalam kereta sahaja dan tak boleh dapat di rumah.
Sebab itu kalau nampak anak buat sesuatu yang tak bagus atau luar biasa jangan kita salahkan pengaruh kawan atau belajar di sekolah tapi lebih baik kita semak dulu cara kita bawa kereta. Sebenarnya masa bawa kereta tu kita boleh ajar anak sentiasa positif dan bersangka baik. Kalau nampak kereta keluar mengejut tak bagi signal cakap kat anak mungkin lampu signal dia rosak.
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim