Dapur

Jamuan Raya Lebih Meriah Dengan 5 Resepi ‘Dessert’ Yang Enak Ni!

17
SHARES

Dah nak raya ni, selain mencari lemang dan resepi rendang, kita tak boleh tinggal dessert betul tak?

Haa, tahun ini kita kena buat dessert meriah sikit. Barulah naik seri meja makan tu! Bukan setakat naik seri meja makan, entah-entah masa anda hidangkan itu pun dah ada orang yang ambil. Licin terus pinggan, tak sempat nak menghiasi meja makan.

Jadi untuk itu, kali ini kami nak kongsikan 5 resepi dessert menggunakan susu cair Ideal. Tetamu anda yang datang confirm terliur. Tunggu apa lagi? Jom saksikan video di bawah!

Ini 5 resepi dessert yang confirm buat tetamu anda terliur:

Resepi Rose Tres Leche

Seismik Makan

Bahan-bahan kek span:
– 4 biji telur
– 200g gula
– 150g tepung gandum
– 1 sudu kecil serbuk penaik
– 50 mentega (dicairkan)
– 30ml Sirap Ros F&N

Bahan-bahan isian susu:
– 250 Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
– 120g susu pekat
– 120g krim
– 100g Sirap Ros F&N

Bahan-bahan topping krim putar:
– 250g krim putar
– 100g gula aising
– 3 sudu besar kacang pistachio (dicincang)

Cara-cara:

  1. Alas dulang pembakar 10 inci dengan kertas pembakar. Sediakan 2 mangkuk bersih. Asingkan kuning telur dan putih telur ke dalam setiap mangkuk. Pukul kuning telur bersama separuh daripada gula sehingga kembang. Pukulkan putih telur dengan baki gula sehingga telur.
  2. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan telur kuning dan kacau perlahan. Masukkan putih telur, mentega dan Sirap Ros F&N. Gaul perlahan sehingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 20-30 minit pada suhu 180C. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
  4. Untuk isian susu, campurkan semua bahan isian susu hingga sebati. Tuangkan adunan ke atas kek dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman.
  5. Putarkan krim bersama gula aising sehingga kembang. Sapukan ke atas kek dengan rata dan taburkan kacang pistachio yang telah dicincang. Sedia untuk dihidangkan.

Pavlova Jelly Cake

Seismik Makan

Bahan-bahan kek pandan:
– 120g Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
– 95g susu pekat manis
– 100g minyak jagung
– 2 biji telur
– ¼ sudu kecil pewarna makanan hijau
– 100g tepung gandum
– 90g gula
– ½ sudu kecil serbuk soda
– ½ sudu kecil serbuk penaik
– ½ sudu kecil ekstrak pandan

Bahan-bahan jeli pavlova:
– 5g serbuk agar-agar
– 130g air
– 100g susu sejat penuh krim IDEAL
– 50g gula
– 1 biji putih telur

Bahan-bahan jeli koktel buah-buahan campuran:
– 100g koktel buah-buahan campuran (ditapis)
– 5g serbuk agar-agar
-150ml air
– 350ml sirap koktel buah-buahan campuran

Cara-cara:

  1. Untuk membuat kek pandan, campurkan Susu Sejat Penuh Krim Ideal, susu pekat manis, minyak jagung, telur, ekstrak pandan dan pewarna makanan hijau ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
  2. Campurkan bahan-bahan lain untuk kek pandan ke dalam mangkuk yang lain. Masukkan adunan tadi dan gaul sehingga sebati.
  3. Alaskan dulang pembakar dengan kertas parchment, dan tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar. Kukus selama 20 minit. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  4. Untuk membuat jeli pavlova, pukul putih telur sehingga kembang. Gaulkan bahan baki ke dalam periuk dan reneh sehingga gula larut.
  5. Tutup api, dan masukkan putih telur yang telah kembang tadi dan gaul sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
  7. Untuk membuat campuran jeli koktel buah-buahan, campurkan semua bahan ke dalam periuk, dan reneh sehingga gula larut.
  8. Tuangkan adunan campuran jeli koktel buah-buahan di atas jeli pavlova dan simpan kek ke dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dihidang.

Sum sum

Seismik Makan

Bahan-bahan sum sum susu:
– 200g Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
– 60g minyak jagung
– 320ml Aar
– ½ sudu kecil garam
– 60g tepung beras

Bahan-bahan sum sum pandan:
– 6 keping daun pandan
– 340ml air
– 200g Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
– 60g minyak jagung
– ½ garam
– 60g tepung beras

Bahan-bahan sirap gula melaka:
– 300g gula melaka
– 100ml air

Cara-cara:

  1. Untuk membuat sum sum susu, campurkan semua bahan sum sum susu dalam periuk. Masak dengan api sederhana kacau-kerap hingga pekat.
  2. Untuk membuat sum sum pandan, kisarkan daun pandan dengan air. Tapiskan air daun pandan dan campurkan air pandan dengan bahan lain dalam periuk. Panaskan adunan dengan api sederhana, kacau hingga pekat.
  3. Campurkan gula melaka dan air ke dalam periuk dan reneh sehingga gula melaka larut sepenuhnya.
  4. Masukkan sum sum pandan ke dalam 4 gelas secara sama rata. Ratakan satu lapisan biskut susu ke atas sum sum pandan. 
  5. Masukkan satu lapisan sum sum susu dan tuang sedikit air sirap gula melaka ke atas pandan susu.
  6. Taburkan sedikit kelapa kering untuk hiasa. Dan siap!

Pandan Bambolone Gula Melaka Custard

Seismik Makan

Bahan-bahan krim isian:
– 150g gula melaka
– 250 Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
– 250g air
– 30g tepung kastad
– ½ sudu kecil garam

Bahan-bahan doh:
– 250g air
– 4 keping daun pandan
– 75g gula pasir
– 11g yis
– 500g tepung gandum
– 3 biji telur
– 1 sudu kecil garam
– 100g Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
– 90g mentega (dicairkan)
– 100g gula kastor (untuk salutan)
– Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara untuk krim isian:

  1. Campurkan bahan-bahan krim isian ke dalam satu periuk.
  2. Masak gunakan api perlahan. Angkat dan biarkan sejuk. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam. Masukkan krim isian ke dalam beg paip.

Cara-cara untuk doh:

  1. Kisar daun pandan dengan air dalam pengisar, tapis cecair daun pandan yang telah dikisar untuk mendapatkan ekstrak pandan.
  2. Masukkan bahan kering untuk doh ke dalam pengisar, campurkan bahan-bahan secara lembut.
  3. Masukkan semua bahan cecair kecuali mentega. Gaulkan semua bahan dalam kelajuan sederhana sehingga doh sudah tidak melekat pada bekas pengisar. Tuangkan mentega lalu sambung uli sehingga menjadi doh.
  4. Griskan bekas plastik dengan minyak dan kembangkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
  5. Bahagikan kepada doh kepada saiz 50g. Bulatkan doh lalu letakkan diatas dulang yang berlapik kertas baking dan susun dengan jarak yang bersesuaian.
  6. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng doh sehingga keperangan kedua belah bahagian donut. Gaul dan salut donut dengan gula dan buatkan lubang kecil di donut.
  7. Masukkan krim isian ke dalam donut. Anda boleh menghiaskan bomboloni dengan gula melaka atau krim dan sedia untuk dihidangkan.

Caramel Flan Chocolate Cake

Seismik Makan

Bahan-bahan karamel:
– 100g gula
– 2 sudu besar air

Bahan-bahan lapisan flan:
– 250g Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
– 200g susu pekat
– 3 biji kuning telur
– 1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan lapisan kek coklat:
– 175g Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
– 140g susu pekat
– 150g minyak masak
– 140g gula
– 80g serbuk coklat
– 3 biji telur
– 80g tepung gandum
– ¾ sudu kecil serbuk soda
– ¾ sudu kecil serbuk penaik

Cara-cara:

  1. Mula-mula sediakan karamel. Tuangkan air dan gula ke dalam kuali. Panaskan gula dalam kuali hingga perang. Tuangkan karamel ke dalam loyang bulat 8 inci.
  2. Campurkan semua bahan flan dan sebatikan. Kemudian tapis bancuhan flan ke dalam loyang karamel tadi. Balut dengan foil aluminium dan kukus selama 25 minit.
  3. Gaulkan semua bahan kek coklat, tuangkan adunan ke dalam loyang lapisan flan tadi. Balut dengan foil aluminium dan kukus selama 45-60 minit. 
  4. Biarkan kek sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.
  5. Hidangkan dengan segera atau sejukkan kek semalaman untuk rasa yang lebih sedap! Selamat mencuba. 

Tunggu apa lagi? Jom meriahkan meja makan masa raya nanti!

Untuk pengetahuan anda, Susu Sejat Penuh Krim IDEAL ini mengandungi 100% rasa susu lemak berkrim dan berbeza dengan evaporated full cream milk lain yang berada di pasaran.

Diperkayakan dengan sumber Vitamin A dan D3, Susu Sejat Penuh Krim IDEAL ini juga tanpa tambahan minyak sawit dan sesuai untuk penggunannya dalam kulinari dan penyediaan bagi pencuci mulut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×