Kini Trending

Jadi Ahli Kad Meriah Dan Nikmati RM15 Diskaun Ketika Berbelanja Di Mydin. Beli Sekarang, Bayar Kemudian Dengan Atome!

58
SHARES

Kita semua tahu bila masuk je bulan Ogos, MYDIN mesti akan buat promosi besar-besaran sempena sambutan ulang tahunnya dan meraikannya bersama pengguna setia mereka kan. Wow!

Istimewa ulang tahun ke-65 tahun ini MYDIN telah berkolaborasi dengan 84 jenama daripada rakan-rakan strategik dan pembekal MYDIN seperti MyDebit, Atome, PnG, Shopee, Boost dan banyak lagilah melalui kempen Beli Barangan Malaysia.

Anda tahu tak yang anda bakal menikmati diskaun RM15  ketika berbelanja menggunakan Atome. Biar betul kan?

Jom kita tengok apa yang istimewa sempena ulang tahun MYDIN kali ini.

Kad Meriah kini berwajah baru dan banyak kegunaanya!

Anda ada member kad Meriah MYDIN tak? Haa…ni min nak bagi tahu yang anda semua wajib ada kad Meriah dari MYDIN sekarang juga tau. Nak tahu sebab apa?

Kini kad Meriah MYDIN telah didatangkan dengan design yang lebih menarik dan yang paling best nya, semua ahli kad Meriah boleh menikmati harga yang lebih murah ketika berbelanja sebab korang boleh kumpul mata ganjaran serta tebus ganjaran tersebut atau boleh beli barangan keperluan anda dengan harga promosi. Ini yang kita mahukan!

Boleh lah berbelanja sakan lepas ni betul tak?

Paling best, kad ni turut mempunyai manfaat lain seperti diskaun untuk masuk ke Zoo Negara, Fantasia Aqua Park, Menara Alor Setar, Marrybrown, ZUS Coffee dan banyak lagilah. Fuhh lain macam betul lah!

Mesti anda excited kan? Jadi tunggu apa lagi cepat jadi ahli kad Meriah MYDIN sekarang. Ia didatangkan dengan dua jenis kad iaitu :

  • Kad Meriah
  • Kad Meriah Borong

Cepat klik sini untuk mengetahui info lanjut mengenai kad Meriah ni dan ganjaran yang anda boleh nikmati.

Beli sekarang, bayar kemudian dengan Atome!

Kita semua tahu MYDIN memang sangat memahami pelanggan mereka, sebab tu kini anda semua boleh menggunakan kaedah pembayaran beli dulu, bayar kemudian dengan Atome ni. Mudah, cepat dan yang paling penting selamat!

Apa yang anda perlu lakukan ialah imbas kod QR di kaunter MYDIN atau bayar melalui aplikasi Atome sewaktu checkout. Semua pengguna aplikasi Atome akan mendapat baucar dengan potongan sehingga RM15 dengan belanja minimum sebanyak RM40 pada pembelian pertama mereka. Menarik kan!

Fuhh, min rasa nak ajak satu family berbelanja di MYDIN sekarang juga lah. Bijak berbelanja, banyak jimat!

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi MYDIN atau Facebook mereka. Selamat berbelanja!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×