Percutian

Itinerari Lengkap Konvoi Roadtrip Pusing Bumi Turki Bersama Keluarga & Anak Kecil

524
SHARES

Seronoknya bercuti bersama keluarga! Apabila sudah masuk kepada penghujung tahun, pastinya ramai keluarga yang akan mengambil peluang musim cuti ini untuk pergi ‘holiday’ bersama-sama. Bukan sahaja di dalam negara, ada juga yang membuat pilihan untuk bercuti di luar negara seperti berkunjung ke negara gabungan Eropah dan Asia Timur iaitu Turki. Kaya dengan budaya dan tempat menarik, negara ini pastinya akan menjanjikan percutian yang sangat seronok. Tambah pula kalau ‘drive’ secara sendiri kan?

KONVOI ROADTRIP PUSING TURKEY & FULL ITINERARY!

Kami plan nak drive sendiri sebab our trip includes elderly, kids and infant. At the first place risau jugak sebab mostly orang visit Turki under travel agent. Alhamdulillah all went well and smooth, and it is a right decision with a great experience. Turki negara yang hebat penuh dengan bangunan bersejarah yang mengagumkan dan alam semulajadi yang sangat cantik.

1. MEMBERS ON BOARD

7 dewasa (termasuk mak dan ayah) 4 kanak-kanak dan 1 bayi

2. FLIGHT TICKETS

Kami beli tiket Oman Air 3 bulan sebelum tarikh flight. Price: Roughly RM2200 / person (return) / 30kg luggage. Transit dekat Airport Muscat (MCT) masa pergi dan balik lebih kurang 4 jam.

3. WIFI

Sewa 2 pocket wifi @roamingmanmy siap-siap dekat KLIA boleh share maximum 5 person per device.
Price: RM180/device (Daily 4G 500Mb and then unlimited 3G)

4. NAVIGATION

Masa buat itinerary tu kami dah check guna google maps utk berapa jauh dan berapa jam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Pocket wifi yg kami sewa sgt membantu sebab tak pernah tak ada line cuma bateri kena charge la. Sebelum tidur charge full okay. Hahaha. Jadi tak ada masalah nak guna WAZE or GOOGLE MAPS while driving.

5. ACCOMODATION

Semua hotel dah booking via booking.com sebelum fly lagi. Harga accommodation okay depends dekat location. Istanbul boleh dapat RM300/night. Area Izmir dan Pamukkale way cheaper dari Istanbul. Cuma hotel dekat Cappadocia tu korang kena book awal sikit sebab mostly cave hotel sold out masa kami nak book tu pun around 2 bulan sebelum fly. Tak nama Cappadocia la kalau tak merasa duduk cave hotel sambil tengok Hot Air Balloon kan.

6. CASH

Bawak cash untuk shopping, makan, minyak and entrance fee (paling banyak pakai duit)

7. ITINERARY

11D9N (ISTANBUL-IZMIR-EPHESUS-PAMUKKALE-CAPPADOCIA-BOLU -ISTANBUL)

Day 1 – KL – IST

Day 2 – Istanbul Sultanahmet

Day 3 – Istanbul Sultanahmet

Day 4 – Istanbul – Izmir

Day 5 – Izmir – Ephesus – Pamukkale

Day 6 – Pamukkale – Cappadocia

Day 7 – Cappadocia

Day 8 – Cappadocia – Bolu

Day 9 – Bolu – Istanbul Taksim

Day 10 – Istanbul Taksim

Day 11 – IST – KUL

Since Istanbul ada dua part Europe side dgn Asian side, kami bahagikan masa untuk explore both side. Depends pada plan masing-masing sebab dua-dua side pun dekat je boleh naik Tram or Taxi. Area Istanbul Sultanahmet ni attractions semua walking distance make sure cari hotel yang dekat dengan Sultanahmet.

Perjalanan yang paling jauh adalah dari Pamukkale – Cappadocia (7jam). Dan juga Cappadocia – Istanbul (9jam) tapi part ni kami decide untuk spend 1 night dekat Bolu sebelum teruskan lagi 3 jam 30 minit ke Istanbul keesokan hari.

8. CAR RENTAL, MINYAK DAN TOL

Airport Transfer

300TL Arrival / 250TL Departure

Kereta sewa

Kami booked kereta sewa via Avis.com
Type: Fiat Eagea (2 units)
Price: Rm120/day
Insurance: Add on 300TL

Turki ni left-hand driver tau. Masa dalam city tu maybe awkward sikit tapi dah masuk highway nanti senang je. Driver kena above 25 years old and lesen Malaysia laku ye kat sini. Haha. Jadi tak perlu susah-susah korang nak convert international licence ke apa. Make sure lesen korang still valid jela. Kami pick up kereta sewa masa Day 4 nak gerak ke Izmir sebab dekat Istanbul tak perlu kereta pun and parking susah gila, jalan sempit berbukit-bukit and orang dia bawak macam apaaa hahaha.

Minyak: Harganya jauh lagi mahal dari harga petrol di Malaysia jadi nikmat mana yang kamu dustakan haha harga kat sana dalam 6.50TL around Rm4.70 per litre. Full tank dah berapa pulak kan. Tapi dengan view yang teramat cantik sepanjang roadtrip kira halal la. Hahaha. Total kos minyak hangus roughly: RM500/car

Tol: Highway kat sana memang best sangat smooth je. Ada few tol kena bayar sepanjang trip ni tapi nak highlight satu tol paling mahal kami lalu berharga 130TL (Osman Gazi Kuprusu) jambatan nak seberang laut. Sistem tol dia pulak, masa amik kereta sewa tu dia akan lekat satu cip elektronik dekat cermin depan. So korang lalu je tol tu mcm biasa nanti total kos tol akan ditolak drpd deposit dgn car rental. Total kos tol: RM280/car.

Rnr: Kat sana rnr dia panggil Oksijen atau Servis Alani. Saje nak highlight RNR dia sebab best haha ada macam-macam. Kadang-kadang siap ada mall lagi ha taktau la berapa lama pulak delay time kat situ. And banyak jugak sepanjang highway tu for any emergency. Senang jugak untuk kami catch up balik kalau tertinggal konvoi and for kids nak berlari-lari sekejap hahaha.

9. MAKANAN

Overall makanan kat sini sedap je! Ada certain macam tawar je. For me okay jugak la healthy2 gitu. Olive pickle and cheese tu wajib ada. Kalau rasa macam tak complete je deria rasa tu korang boleh mintak ketchup dgn mayonnaise and dorang ni tak ada sos cili. Boleh la bawak banyak stock sos mcd kfc korang kat rumah tu. Hahaha. Area Sultanahmet harga makanan dia pricey sikit satu dish dlm 40TL jugak. Area selain Sultanahmet semua lagi murah and sedap! Jangan lupa try ayam golek and pizza kat sini. Nasi campur dia pun kena try lauk dia cantik colourful. Bila dah tepu sangat kami carik Burger King and Mcd ok tau tau boleh makan kat Malaysia hahaha.

List makanan yang anda kena try

-Doner kebab / Shawarma

-Jagung bakarr! Tgk Istanbul Aku Datang punya pasall

-Kestane – buah berangan

-Simit! Beli nutella simit pastu roti lain dia jual tu pun try jugak

-Pizza and Pide kat sini sedap

-Apple Tea kami dapat free masa shopping dkt Grand Bazaar

-Turkish Delights yg timbang2 tu serius sedap compare dgn beli yg dah siap dlm kotak

-Hakki Zade Hafiz Mustafa must try Baklava

-Dondurma – Aiskrim Turki flavor Caramel sedap. Dekat kwsn Sultanahmet mahal 10TL dekat tempat lain boleh dapat 3TL je

-Kunafe – Manisan jugak

-Fresh figs and rock melon! Buah2 dia sedappp fresh

-Balik Ekmek aka kebab ikan! Carik dekat area Bophorus Cruise

-Kumpir – Baked Potato

-Ayran Turkish Yogurt

-Midye Dolma – Mussels ada isi nasi 1TL

-Kedai coklat dekat Istiklal Street

10. SOUVENIRS

Korang boleh carik souvenirs dekat Grand Bazaar sebab dah mcm one stop centre dah kat situ semua ada. Cuma harga dia pricey sikit kalau korang compare dgn kedai-kedai kat luar dr area Grand Bazaar. Antara barang yang korang boleh beli, dompet Turki, sejadah, tudung Turki (kami beli dekat kedai Ephesus murah cantik dan lebih besar) Turkish delights, tasbih, fridge magnet, tshirt, lampu Turki, jewelleries (beli barang kemas bertatahkan batu zultanite yg boleh berubah 7 warna ikut lighting terpegun ok). Jangan lupa tawar menawar! And orang dia sangat respect org tua since kami jalan dengan parents dapat banyak discount and free gift for mama katanya. Satu lagi syurga shopping baju dan sebagainya dekat Istiklal Street jgn lupa singgah LC Waikiki.

11. MUST VISIT

-Blue Mosque (Sultanahmet Mosque)

-Hippodrome (Sultanahmet Meydani)

-Hagia Sophia – 72TL

-Topkapi Palace – 72TL

-Bacilica Cistern – 20TL (Korang boleh amik gambar pakai Ottoman Costume kat sini)

-Bophorus Cruise – 60TL

-Izmir – The city of Izmir (Clock Tower, Yali Mosque, Kemeralti Bazaar, Asansor Tower)

-Ephesus Temple of Artemis – Library of Celcus – 72TL

-Hierapolis – Pamukkale (Cotton Castle) – 60TL

-Tuz Golu – Salt Lake

-Cappadocia semua tempat sangat cantik – Pigeon Valley, Pasabag Chimney, Uchisar Castle, Goreme Open Air Museum (54TL)

-And kami tak naik hot air balloon price at 200usd/person

-Dolbamahce Palace

-Galata Bridge

-Galata Tower – 35TL

-Istiklal Street (Jgn lupa singgah Watsons 3 tingkat hahaha)

Total kos utk entrance fees: 445TL / person

*Boleh jadikan panduan kalau ada rancangan nak bercuti ke Turki tahun depan pula kan?

Sumber: Wan Husna Wan Hamidon

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×