Famili

Isu Car Seat Wajib 2020, Ibu Bapa Perlu Disiplinkan Diri Sendiri Dan Anak-Anak Dahulu

227
SHARES

Baru-baru ini Kementerian Pengangkutan baru mengumumkan yang penggunaan kerusi keselamatan kereta kanak-kanak / baby car seat (CRS) bakal diwajibkan bermula Januari tahun hadapan. Perlaksanaan ini bagaimanapun mendapat reaksi yang berbeza dalam kalangan ibu bapa, dimana ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak setuju.

Namun, kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak ini amat penting untuk membantu mengelakkan hal-hal yang tidak diingini. Jadi, seorang ibu kenapa 6 orang anak dan nenek kepada 9 orang cucu ini berkongsikan antara kesalahan yang dilakukan oleh ibubapa yang tidak menggunakan car seat semasa memandu. Ada yang sampai biarkan anak berdiri tepi tingkap!

POLEMIK CARSEAT – DISIPLINKAN DIRI ANDA DAHULU

Tiada carseat untuk anak? Kerana kereta kecil, anak ramai? Ubah pemikiran kita mengenai keselamatan anak-anak di dalam kereta yang bergerak. Ibu bapa WAJIB peka dengan keselamatan anak-anak di dalam kereta. Disiplinkan diri kita dan anak-anak.

Beberapa perkara yang saya lihat ibu bapa lakukan tanpa menyedari ia MEMBAHAYAKAN anak-anak dan berisiko MAUT.

1. Meriba anak semasa memandu. Ini sangat bahaya kerana semasa kemalangan anak itu boleh tersepit dan crushed antara badan pemandu dan steering wheel. Atau anak terhumban keluar atas jalan dalam keadaan jalan sedang sibuk? Anda sanggup melihat otak dan organ dalaman anak anda bersepai?

2. Membiarkan anak berdiri di atas tempat duduk atau di antara kerusi pemandu dan penumpang hadapan. Apabila ada sudden braking, anak itu akan tercampak ke depan dan terantuk pada dashboard, windscreen, melanggar orang depan dan mendapat kecederaan kepala/tengkuk/organ dalaman yang serious dan berisiko maut. Anda sanggup lihat anak anda jadi begitu?

SANGGUP KE TENGOK ANAK-ANAK JADI BEGITU?

3. Membiarkan anak bermain di tepi tingkap, menjulurkan kepala/tangan/kaki ketika kereta sedang laju dan jalan sibuk. Anda sanggup tengok anak anda kudung anggota badan atau mati sekiranya kepala nya cedera di sauk motor/kenderaan yang laju?

4. Anak-anak bergelut bergumpal dalam kereta yang bergerak atau tidur bergelimpangan atas tempat duduk tanpa seat belt. Apabila kereta berguling akibat kemalangan, anak-anak ini akan tercampak dan terantuk atau paling malang tercampak keluar dari kenderaan dan mendapat kecederaan yang sangat serious atau maut terus. Seperti baju dalam mesin basuh ketika spin. Anda sanggup?

5. Meriba dan menyusu kan anak di bahagian depan, tanpa ibu menggunakan seat belt. Bayi itu boleh tercampak keluar, terhentak ke dashboard, atau terperosok bawah dashboard sekiranya berlaku kemalangan.

Kecederaan sebegini (kalau mereka masih hidup) telah kami hadapi dalam 26 tahun saya bertugas di dewan bedah apabila mereka datang kecemasan akibat kemalangan. Bertungkus-lumus kami untuk menyelamatkan mereka, dah lah kecil, urat-urat halus, susah nak masuk kan jarum untuk masuk kan darah. Pendarahan banyak. Kami juga menangis dalam usaha kami menyelamatkan anak-anak ini..seolah-olah mereka adalah anak-anak kami juga.

TUKARLAH SIKAP KITA DEMI KESELAMATAN ANAK-ANAK

Tukarlah sikap kita yang ambil mudah keselamatan anak-anak kita apabila berada di dalam kenderaan yang bergerak.

1. Disiplinkan diri kita dan anak-anak

2. Kalau ada carseat, gunakan dengan betul.

3.Jika tiada carseat, pasti kan mereka semua DUDUK dengan tenang, gunakan seat belt yang ada, naik kan cermin tingkap, child-lock kan pintu sisi. Jangan benarkan anak-anak berdiri di tengah, atas kerusi, di tepi dashboard.

4. Berikan mereka mainan atau buku supaya mereka dapat duduk dengan tenang dan tidak bergaduh.

5. Lakukan semua ini walaupun nak pergi kedai dekat, kerana kemalangan boleh berlaku di mana sahaja. Kadangkala kucing melintas jalan pun kita akan brake mengejut!

6. Kalau perlu menyusu kan bayi, duduk di belakang, pakai seatbelt dan susu kan dengan tenang. Lagi terbaik jika berhenti di tempat yang selamat untuk menyusu kan bayi dengan tenang.

7. Mohon doa pada Allah untuk keselamatan diri dan anak-anak..

8. Usaha dulu sebelum tawakkal pada Allah, jangan nanti dengan kehilangan nyawa anak kita, jadi menyesal sepanjang hayat.

9. Paling baik usahakan lah untuk menggunakan carseat yang sesuai dengan umur anak.

NOTA:

Saya telah mula menggunakan carseat untuk anak sulung pada tahun 1985. Sekarang ini memastikan cucu-cucu pula menggunakan carseat. Wallahualam.

Mother of 6 kids, Grandma of 9 kids, Retired anaesthesiologist.

Sumber : Murniati Mustafa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×