Famili

Isteri Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Dengan ‘Helmet’ Ketika Suami Kantoi Curang

76
SHARES

Sarang tebuan jangan dijolok, amarahnya isteri jangan dicari. Kelmarin, Kosmo melaporkan seorang isteri bertindak memecahkan cermin sebuah kereta selepas menangkap suaminya berlaku curang bersama wanita lain di dalam kenderaan tersebut.

Sudahlah selingkuh, selepas itu bertindak melanggar isterinya yang sedang menunggangi motosikal, ini ibarat menuang minyak di atas api. Jom baca laporan penuh di bawah.

Baca juga: Perkahwinan Tragis, Wanita Dicerai Suami Selepas Dicela Hodoh & Pendek Oleh Mentua!

ISTERI HEMPUK CERMIN KERETA SUAMI KANTOI CURANG GUNA TOPI KELEDAR

SU bertindak memecahkan cermin hadapan kereta suaminya yang ditangkap curang dengan perempuan lain – Tribunnews.

Seorang wanita di Gorontalo, Indonesia yang berjaya ‘menangkap’ suaminya curang bersama perempuan lain bertindak memecahkan cermin hadapan kereta ketika kedua-dua mereka berada di dalam kenderaan tersebut, lapor laman berita Kompas Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di Jalan Raden Saleh, Kota Gorontalo, Sulawesi apabila wanita yang sedang menunggang motosikal menyedari suami dan perempuan simpanannya sedang berdua-duaan di dalam kereta.

Terkejut melihat isterinya, lelaki itu cuba untuk melanggar motosikal wanita itu namun tidak berjaya.

Berang kerana hampir dilanggar suami sendiri, wanita tersebut memberhentikan motosikal lalu memegang topi keledar sebelum menghempasnya ke atas cermin hadapan kereta.

Gambar hiasan: WebMuslimah.

Lelaki tersebut memilih untuk melarikan diri bersama teman wanitanya dan membiarkan keretanya tersadai di jalan.

“Mungkin kerana dia sedang berjanji temu dengan wanita itu, sebab itu dia cuba melanggar saya.

“Saya terus berhenti di lampu isyarat merah, turun dan memecahkan cermin kereta,” kata isteri yang dikenali sebagai SU.

SU dan suaminya masing-masing membuat laporan polis dengan lelaki itu mengatakan isterinya telah melakukan kesalahan vandalisme dengan memecahkan cermin keretanya.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×