Rakyat

Insentif RM300 Bagi Pasangan Baru Berkahwin Di Selangor. Apply Online Mulai 18 November 2019

315
SHARES

Akhir tahun ni memang musim pernikahan memandangkan waktu ni juga cuti sekolah. Sana sini ada kenduri kan?

Bagi pasangan di Selangor yang baru bernikah, anda berpeluang menerima insentif RM300 seorang melalui Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS).

Nak tahu apakah IGEMS dan apa lagi manfaat serta syaratnya?

Jom baca selanjutnya di bawah ini.

INSENTIF GENERASI MUDA SELANGOR (iGEMS)

IGEMS merupakan satu insentif baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada setiap pasangan yang baru melangsungkan pernikahan.

Program ini telah diumumkan oleh Y.B. Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan pada 13 November 2019.

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan bajet sebanyak RM 550 603 bagi sesi tahun 2019/2020 bagi program ini dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menjadi pelaksana program iGEMS ini dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Program Insentif Generasi Muda Selangor ini adalah kesinambungan program Insentif Perkahwinan Belia Selangor (IPB) dengan penambahbaikan pengisian kursus kekeluargaan selain insentif RM300 khusus bagi para belia negeri Selangor yang baru mendirikan rumah tangga.

Permohonan pendaftaran program ini telah mula dibuka secara atas talian bermula 18 November 2019.

Insentif perkahwinan selangor

Manfaat IGEMS:

1) Kursus Rumah Tangga ditanggung sepenuhnya
2) Wang Insentif RM300

Syarat Permohonan iGEMS

Berikut adalah syarat permohonan IGEMS:

1) Warganegara
2) Kelahiran Selangor dan Bukan Kelahiran Selangor (Mastautin 10 Tahun – Alamat IC mesti Selangor)
3) Pengundi Selangor
4) Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
5) Berumur 40 tahun ke bawah

*Bagi yang telah berkahwin dari 1 September 2018 ke atas, boleh buat permohonan IGEMS hingga 31 Jun 2020 sahaja.

Dokumen:
1) IC Pemohon dan Pasangan
2) Sijil Nikah
3) Pengesahan Mastautin (bagi yang bukan kelahiran Selangor)

Jadi, jangan lepaskan peluang sebab pendaftaran adalah terhad.

Pendaftaran boleh dibuat bermula 18 November 2019 di lawan web Yayasan Warisan Anak Selangor di bawah ini.

http://igems.yawas.my/admin/online.php

Sebarang pertanyaan boleh hubungi maklumat berikut:

Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum, 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

📞 03 5481 8800

📩 [email protected]

Most Popular

To Top