Hebahan

Inisiatif Forum Perniagaan PKS BH, Bantu Usahawan Terjejas Akibat Covid-19

1
SHARES

Kegiatan ekonomi di Malaysia jelas terkesan setelah hampir dua tahun wabak Covid-19 melanda dunia terutamanya terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pengumuman ke fasa endemik yang dibuat oleh pihak kerajaan sedikit sebanyak mampu memberi sinar baru kepada industri PKS dan para usahawan.

Berita Harian (BH) dan REV Media Group telah mengambil inisiatif untuk membantu para usahawan PKS dengan menganjurkan Forum Perniagaan PKS BH 2021 bertujuan mengupas persoalan serta iltizam untuk terus bangkit, mendepani cabaran masa depan PKS.

INSIATIF FORUM PERNIAGAAN PKS BH, BANTU USAHAWAN TERJEJAS

Forum Perniagaan PKS BH 2021 yang bakal berlangsung selama dua hari pada 14 dan 15 Oktober ini mengumpulkan ahli panel jemputan yang arif dalam industri PKS bagi memaklumi masalah serta realiti sebenar pengusaha PKS, mengenal pasti usaha yang boleh dilakukan PKS seterusnya membincangkan inisiatif dan galakan pelbagai pihak untuk menyokong proses pembangkitan semula PKS.

Sebanyak hampir 960,000 PKS di Malaysia yang terkesan sepanjang pandemik ini sehingga ada yang terpaksa gulung tikar. Sebagai penyumbang 48% keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan menyediakan tujuh juta peluang pekerjaan, PKS harus mampu berdaya saing kembali.

LIMA SESI FORUM BERSAMA PAKAR INDUSTRI YANG HEBAT

Terdapat lima sesi forum yang dipecahkan kepada dua hari (2 forum pada hari pertama dan 3 forum pada hari kedua) akan disiarkan secara langsung menerusi laman web mikro Forum Perniagaan PKS BH 2021.

Antara pakar industri yang akan terlibat dan berkongsi pandangan serta idea, pengalaman dan cabaran adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Mahadhir Aziz, Ketua Jualan & Pengurusan Akaun Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Iskandar Dzulkarnain Abd Razak, Ketua Pegawai Kewangan, Bukit Bintang City Centre (BBCC), Farizal Zainudin dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy.

“Pendigitalan operasi perniagaan telah menjadi satu keperluan kepada PKS untuk terus kukuh dan berdaya saing dalam persekitaran perniagaan global yang sentiasa berubah seiring dengan perkembangan teknologi,” jelas Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

Orang ramai yang ingin menyaksikannya boleh mendaftar di https://www.bharian.com.my/bhsme di mana mereka boleh turut serta dengan bertanyakan soalan, berkongsi pengalaman dan meninggalkan komen ketika forum berlangsung.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×