Dapur

Dah Tak Payah Beratur, Ini Resepi Shawarma Wrap Homemade Paling ‘Onz’!

31
SHARES
resepi shawarma

Sebelum ini memang viral di laman media sosial tentang makanan yang berasal dari Timur Tengah iaitu shawarma. Apa yang menariknya, semua restoran yang menjual hidangan ini memang ‘laku keras’ sampai beratur panjang! Kesudahannya, ada yang tak sempat untuk merasa keenakan shawarma yang diperkata ramai ini.

Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sahaja sendiri shawarma ini di rumah dan ternyata hidangan ini menjadi lebih enak! Jom kita ikuti perkongsian resepi ini dari A-Z. Selamat mencuba!

Baca juga: IKEA Bocor Resepi Untuk Penggemar Meatball, Dah Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

RESEPI Shawarma Wrap home-made

Iringan shawarma: Roti, daging / ayam, parsley, grilled tomatoes, pickles dan lettuce kalau suka. Sos tahini, sos toum untuk shawarma ayam.

Saya suka buat shawarma sendiri dengan roti dan sos sebab boleh buat banyak dan simpan untuk makan beberapa kali. Saya kongsikan resepi roti, perapan daging dan sos tahini jika ada yang berminat nak buat.

Resepi Roti Laffa (nipis, tak macam roti pita) untuk shawarma:

1 setengah cawan air suam

1 sudu kecil gula

1 sudu besar yis kering (macam mauri pan) – campurkan semua hingga berbuih

Dalam mangkuk lain campurkan:

3 cawan tepung gandum apa-apa jenama pun

2 sudu teh garam

-Bila adunan yis dah berbuih, campurkan dalam tepung dan uli dalam 5 minit. Masukkan 1-2 sudu besar minyak zaitun dan teruskan menguli hingga adunan lembut macam baldu dan tidak melekat di tangan. Biarkan hingga kembang 2 kali ganda.

Tumbuk.

– Bahagikan 8. Buat bulat.

– Panaskan grill pan.

– Canai nipis dan letak dalam grill pan. Sapu bahagian atas dengan sikit minyak zaitun. Bila dah mula gelembung-gelembung, terbalikkan.

– Masak dalam 30 saat – 1 minit.

– Angkat, letak dalam bekas suam.

Resepi daging shawarma:

Blend dalam blender kering:

3 ulas bawang putih

1 sudu kecil bunga cengkih

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil “all spice”

1/2 sudu kecil serbuk cardamom

1/2 sudu kecil serbuk cinnamon

1/2 sudu kecil oregano / thyme

1/2 sudu kecil serbuk buah pala

1/2 sudu kecil lada hitam

1/4 sudu kecil serbuk halia

1/4 sudu kecil serbuk cili

Campurkan serbuk yang telah diblend dengan:

1/4 cawan jus lemon segar

1/4 cawan cuka putih

1/4 cawan minyak zaitun.

– Sapukan ramuan ini pada 1 kilo daging dan biarkan semalaman. Saya guna daging bahagian “culotte”. Boleh juga gunakan steak ribeye, flank steak atau skirt steak.

– Atau gantikan dengan thigh ayam yang dah dibuang tulang. Kalau diet, dada pun boleh. Esoknya boleh nyahbekukan.
Panaskan grill pan. Grill daging sampai separuh masak. Keluarkan. Rehatkan. Hiris nipis. Panaskan grill sekali lagi dan grill daging hiris hingga cara masak yang disukai.

resepi shawarma wrap

Resepi Sos Tahini:

-2 sudu teh pes tahini

-3 ulas bawang putih

-1/2 cawan lemon jus

-1 sudu teh garam – blend hingga halus.

Sumber: Ummu Ashraf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×