Kalau tengah lapar apa lagi yang patut dibuat? Mestilah buka YouTube tengok ‘street food’ dari negara-negara luar. Terliur dan bertambah lapar kalau tengok semua makanan-makanan tradisi negara-negara luar.
Antara yang menarik perhatian ialah makanan tradisi di India iaitu Pani Puri. Aduh! Sedapnya tetapi malangnya, nak pergi kesana musim-musim Covid ini memang tak dapat. Agaknya bila lah dapat merasa Pani Puri kan?
Jangan risau, di sini kami akan kongsikan cara pembuatan Pani Puri. Rasa manis, masam, pedas yang cukup dan sesuai dimakan bersama keluarga. Mari kita mula..
Baca juga: Resepi Laksa Sarawak ‘Padu’, Memang Puas Hirup Kuah Panas-Panas!
RESEPI PANI PURI, MAKANAN TRADISI DI INDIA
1st attempt of pani Puri
Dah x payah pegi jauh2 nk mkn..
Buat sendiri je
Dijamin bersih dan suci
Ada sape-sape minat mkn ni. Manis masam pedas
BAHAN-BAHAN
INTI PERTAMA
– Kentang atau kacang kuda
– Rebus kacang kuda sampai lembut
– Kentang rebus dan lenyekkan
– Potong bawang dadu dan daun ketumbar
– Serbuk jintan, garam masala dan rempah cili sikit
– Chatpati masal (terpulang.. Bole beli kt shopee)
– Sedikit garam biasa dan gaul semua sekali.
KUAH HIJAU
– Daun pudina dan daun ketumbar
– Cili padi (agak-agak)
– Blender dengan air masak dan tapiskan
– Lepas tu campur serbuk jintan, garam masala dan rempah cili sikit untuk tambah pedas, limau dan garam
– Gaul semua dengan bahan kisar tadi. (Tak perlu masak atas api)
AIR ASAM
– Masak asam jawa sekali biji dengan gula melaka 1 ketul
– Masak sampai air mendidih dan gula hancur
– Tapiskan dan sedia untuk dihidang
KUAH PUTIH
– Sedikit tairu atau yogurt
– Campur garam sikit, lada hitam dan lada sulah sikit. Kacau hingga sebati
KEROPOK
Boleh dapatkan di: https://bit.ly/3gjj6Px
Keropok beli kt shopee je. Goreng kena minyak panas betul-betul. Kalau tak panas tak jadi. Resepi semua agak-agak ye.
Siap dan sedia untuk dimakan. Boleh lubangkan di tengah dan letak semua inti dan kuah yang telah dibuat. Sedapnya!
Sumber: Nur Sharmin