Famili

Ini Cara Mulakan Rancangan Persaraan Walaupun Masih Muda, Baru Masyuk Di Hari Tua…

385
SHARES

Setiap individu memiliki rancangan persaraan yang berbeza. Ini bergantung kepada kehendak masing-masing. Ada yang rancang nak balik duduk kampung, nak ternak haiwan seperti ayam, itik, kambing, dan lembu.

Ada juga yang nak berkebun dan ada segelintir daripada kita yang nak habiskan hari tua dengan berehat dan luangkan masa dengan keluarga.

Oleh itu, memulakan rancangan persaraan pada usia muda sebenarnya penting, bagi memastikan kita ada cash flow yang terurus dan mencukupi bagi meniti hari-hari tersebut.

Rancang simpanan dengan segera!

Jangan ingat nak berkahwin sahaja kena ada rancangan simpanan, sebaliknya rancanglah dengan baik apa yang anda nak lakukan apabila dah bersara nanti.

Mulakan dengan berfikir apa yang anda nak buat, kemudian mulalah merancang dengan menyimpan sedikit demi sedikit wang tabungan untuk digunakan nanti. Mulakan simpanan anda dengan segera dari usia muda kerana pada ketika inilah kita masih bertenaga dan berkemampuan untuk bekerja dengan lebih gigih.

Jangan tunggu-tunggu dan buang masa. Nanti kita sendiri yang rugi. Berikut adalah beberapa cara anda boleh menyimpan dana persaraan dengan jayanya.

1.Menabung dalam akaun pelaburan

Salah satu daripada cara yang ada untuk menyimpan dana persaraan dengan baik adalah dengan menabung dan melabur dalam akaun simpanan pelaburan. Setiap tahun ada dividen. Untung. Lagipun kita bebas memilih jumlah tabungan yang kita mahukan berdasarkan kemampuan kita.

Pastikan anda menabung secara konsisten. Jumlah tabungan tu tak kisah berapa, RM100 sebulan pun tak mengapa. Dah nama pun menabung, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

2. Beli emas dan simpan

Pilihan tabungan persaraan lain yang ada dan anda boleh cuba buat ialah dengan membeli emas. Orang perempuan memang suka jenis simpanan dalam bentuk barang kemas. Ye la, barangnya nampak depan mata dan boleh digayakan pada acara-acara keramaian.

Kredit: Harian Metro

Bagi yang tak minat melabur melalui barang kemas (emas 916), sekarang emas dah dijual dalam bentuk syiling emas 1 gram, jongkong emas 10 gram dan banyak pilihan lagi (emas 999). Semuanya bergantung kepada kemampuan dan minat anda.

Namun begitu, suka min ingatkan pelaburan emas ialah pelaburan jangka panjang. Beli dan simpan. Begitulah teknik pelaburan. Oleh sebab itulah, pelaburan jenis emas memang kena sangat dengan kita yang muda belia ni.

3. Buat pelaburan hartanah atau lot kedai.

Selain dua cara di atas, anda juga boleh melabur dengan membeli hartanah yang dilihat memiliki potensi tinggi dalam tempoh 10 tahun ke atas. Macam mana nak buat penilaian? Anda kena sentiasa up to date dengan setiap rancangan pembangunan di kawasan tersebut.

Lihat juga kawasan tersebut ada sekolah, bank atau kemudahan penting lain seperti stesen minyak. Semua kemudahan ini selalunya akan mula dibangunkan di kawasan yang bakal dimajukan.

Bagi yang ada modal lebih, pembelian lot kedai adalah salah satu cara pelaburan berkesan. Beli lot kedai dan kemudian sewakan. Pasti korang tak rugi, cuma pelaburan hartanah dan lot kedai ini merupakan pelaburan berisiko tinggi. Anda kena berani dan kalau boleh timba ilmu dahulu dengan mereka yang berpengalaman.

4. Ambil insurans atau takaful

Seterusnya, jangan lupa ambil insurans, ni pun salah satu langkah bijak untuk bersara dengan bergaya dan bahagia. Mengapa? Supaya bila kita sakit nanti atau apabila berhadapan dengan situasi tidak diduga, adalah perlindungan untuk kita.

Bagi yang dah ada insurans/takaful tapi nak tambah perlindungan, korang boleh cuba i-Lindung KWSP. Yang baru nak cuba ada insurans/takaful pun jangan ketinggalan tau! Pastikan korang cuba platform layan diri ni yang ada dalam i-Akaun KWSP. Selain bayaran premium insurans/takaful yang sangat mampu milik, kita hanya perlu bayar sekali saja untuk perlindungan setahun!

Pilihan perlindungan yang ditawarkan di bawah i-Lindung ada 2:

  • Perlindungan Penyakit Kritikal
  • Perlindungan Hayat atau bahasa mudahnya Perlindungan Nyawa termasuklah hilang upaya menyeluruh dan kekal yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit

Yang mudahnya, pembayaran akan ditolak terus dari akaun 2 KWSP ahli. Jadi, kita tidak perlu gusar akan keberangkalian untuk terlepas sebarang pembayaran bulanan insurans/takaful dan paling risau bab pembatalan polisi.

5. Buat pelaburan dalam KWSP!

Cara terakhir untuk buat pelaburan dengan jayanya ialah melabur dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Cara ini sangat menguntungkan. Bayangkanlah, sebagai pekerja apabila kita mencarum dengan KWSP, majikan pun secara automatik perlu mencarum untuk kita. Tak ke best tu?

Lagipun, setiap tahun KWSP ada perolehan dividen. Boleh tahan tinggi ye dividen yang KWSP berikan dan min perhatikan trend pemberian dividen KWSP ini sentiasa menunjukkan peningkatan. Memang tak rugi la mencarum dengan KWSP!

Disamping itu, potongan caruman bagi yang bekerja juga fleksibel, kita boleh pilih bermula 7%-11% daripada gaji kasar. Bagi korang yang mencarum 11%, majikan akan carum 12% untuk korang. Tak ke banyak tu? Bila combine, dah 23% tau! Kalau korang nak lagi banyak tambah la 1%-2% lagi.

Khas buat korang yang bekerja sendiri macam menjalankan perniagaan sendiri ke, busker ke, pemandu e-hailing, penghantar makanan atau suri rumah, sebenarnya korang pun boleh mencarum dengan KWSP. Maklumatnya ada di laman web KWSP di bahagian i-Saraan. Semua maklumat termasuklah cara nak buka akaun KWSP ada di situ. Lengkap!

Apapun min bersyukur sangat di masa-masa ramai terkesan, kerajaan benarkan pengeluaran wang KWSP untuk kita survive baru-baru ini.

Tapi buat korang yang dah keluarkan KWSP tu, pastikan korang carum semula secara konsisten. Penting untuk kita menabung semula, barulah nanti apabila menjelang hari tua, kita ada cash flow yang baik untuk digunakan.

Konklusinya, tak kisahlah cara apa yang anda pilih untuk merancang hari tua anda, yang penting pastikan ianya tidak membebankan dan menguntungkan. Jika anda boleh buat kesemua cara di atas atau dua daripadanya atau dengan hanya satu cara sekalipun, ianya bukanlah satu masalah.

Apa yang penting kita menabung dan ada simpanan yang boleh digunakan pada masa akan datang. Oleh itu, mulalah merancang daripada sekarang untuk hari tua agar kelak nasib kita terbela.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×