Advertorial

Ini Apps Terbaik Untuk Strim Upin Ipin, Didi & Friends Dan Banyak Lagi Secara Percuma!

1.3K
SHARES

Cuti sekolah dah kembali! Kami yakin ibu ayah di rumah tu mesti tengah runsing rancang aktiviti untuk anak-anak anda kan? Tapi anda jangan risau sebab Astro ada berita gembira untuk anda seisi keluarga!

CUTI SEKOLAH BETUL-BETUL SERONOK!

Kalau anda nak tahu, sempena musim cuti persekolahan ini Astro menyajikan lebih 9,000 kandungan hiburan kanak-kanak terhebat yang boleh didapati di platform Astro GO dan On Demand.

Paling menarik, ia sedia untuk distrim pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada. Dekat bawah ini antara 7 rancangan paling popular dan wajib tonton dengan anak-anak nanti!

1. Hello Pinkfong

Berhibur bersama Pinkfong dan Baby Shark menerusi ‘Hello Pinkfong’, siri ‘live-action’ pertama di dunia melibatkan karakter ini! Ini merupakan terbitan terbaru di antara Astro dan SmartStudy, Korea yang menyaksikan penglibatan bakat sepenuhnya dari Malaysia.

Lebih dari 40 lagu-lagu popular Pinkfong telah digubah semula dan disampaikan dengan set tarian yang dikoreografikan khas untuk siri ini yang boleh ditonton di Astro GO.

2. SMK

‘SMK’, sebuah siri bergenre komedi akan menampilkan pelbagai kisah menarik seorang murid baharu bernama Adam dan gelagat sekumpulan remaja di sekolah menengah. Ia mengangkat keunikan setiap pelajar dan menyuntik semangat persahabatan serta keharmonian terutamanya di kalangan pelajar yang hadir dari pelbagai latar belakang.

3. Didi and Friends

Jom menari dan menyanyi bersama Didi & Friends! Program prasekolah nombor 1 di Malaysia ini adalah satu siri animasi pendidikan dengan karakter haiwan yang comel, lucu dan penuh semangat. Anda dan anak-anak anda pasti teruja menonton pengembaraan kesemua karakter comel ini menjelajahi dunia sekeliling.

4. Upin & Ipin

Sebut saja ‘Upin dan Ipin’, mesti anak-anak anda dah cukup kenal dengan karakter comel ini. Pelbagai kisah menarik penuh pengajaran ditunjukkan menerusi watak Upin & Ipin bersama rakan-rakan mereka dalam mengenali erti persahabatan, kemaafan dan hormat-menghormati.

5. My Little Pony and Friends

Kisah sekumpulan kuda berwarna warni yang hidup di Ponyland dan mereka berusaha untuk memupuk keharmonian di antara semua jenis makhluk ajaib. Ponies berjuang melawan kejahatan dan haiwan lain yang membahayakan mereka.

6. Peppa Pig

Peppa Pig adalah watak animasi British yang popular dan disukai oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Ia mengisahkan tentang kehidupan Peppa dan rakan-rakannya yang melakukan pelbagai aktiviti kegemaran kanak-kanak seperti berenang, menunggang basikal dan berseronok di taman permainan.

7. Molang

‘Molang’ adalah siri animasi kanak-kanak Perancis yang mengisahkan tentang persahabatan antara Molang si arnab putih yang comel, dan Piu Piu si ayam kecil. Perwatakan comel dan ekspresi lucu kedua-dua karakter dalam siri animasi ini pasti buat anak-anak anda terhibur.

BANYAK LAGI PROGRAM MENARIK UNTUK ANDA SEKELUARGA

Sehingga kini lebih dari 50 program-program eksklusif menanti penonton di saluran pelbagai bahasa Astro termasuk di saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia, Astro Ceria, saluran-saluran utama berbahasa Melayu (Astro Ria, Astro Warna, Astro Prima), dan saluran antarabangsa (HBO, Fox Movies, Disney, Cartoon Network, Nickelodeon, Warner TV).

Tak cukup dengan itu, seleksi rancangan sempena musim cuti persekolahan di Astro Ceria turut diperhebatkan lagi dengan sajian telemovie baharu pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam seperti ‘Perisik Cilik’, ‘Misteri Krew: Harta Karun Jepun’ dan ‘Ceria Megastar Ministar: Zap-In’.

Pada setiap hari Sabtu, 9.00 malam pula, kehadiran beberapa filem antarabangsa popular turut menyemarakkan lagi pilihan penonton, dengan ‘Madagascar 3’, ‘Teenage Mutant Ninja Turtles 1 & 2, ‘Monsters vs Aliens’ dan ‘The Spongebob Movie: Out of Water’. Kesemua filem ini turut hadir dengan pilihan untuk alih bahasa (Bahasa Melayu).

TONTON DALAM VERSI HD LAGI SYOK

Anda sekeluarga juga boleh menonton program-program kegemaran dalam versi berdefinisi tinggi (HD) di lima saluran baharu untuk kanak-kanak iaitu Astro Ceria HD (CH631), Astro Xiao Tai Yang HD (CH304), Disney Channel HD (CH635), Cartoon Network HD (CH636), dan Nickelodeon HD (CH632).

DOWNLOAD ASTRO GO SEKARANG!

Jangan lepaskan peluang untuk tonton semua rancangan menarik sempena musim cuti persekolahan ini di Astro GO dan On Demand. Paling penting, pastikan anda muat turun aplikasi Astro GO di App Store atau Google Playstore sekarang untuk strim pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada!

Aplikasi Astro GO adalah PERCUMA untuk semua pelanggan Astro. Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Astro GO GO GO sekarang juga!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×