Pantang

Ini 8 ‘Checklist’ Barang Yang Perlu Ada Untuk Keperluan Si Ibu Ketika Dalam Berpantang

146
SHARES

Selepas melahirkan anak, proses seterusnya adalah anda akan menjalani prosedur berpantang. Dalam berpantang memang banyak benda yang anda tidak digalakkan buat contohnya dari segi pemakanan. Ada yang boleh makan dan ada yang tak boleh makan. Namun, buat ibu-ibu yang pertama kali bakal menempuh situasi ini mesti bingung juga barang apa yang perlu disediakan. Jadi, ini antara 8 barang keperluan semasa berpantang yang anda kena ada!

8 BARANG YANG KENA ADA!

1. Pam susu

siraplimau.com

Pengepam susu adalah antara barang yang menjadi keperluan utama bagi ibu yang selesai bersalin. Disarankan untuk anda membeli pam susu yang mempunyai fungsi double pumping jika mempunyai bajet yang lebih. Dengan adanya pam susu yang lebih berkualiti, proses pengepaman susu untuk anak akan menjadi lebih efektif.

2. Baju t-shirt

bm.cari.com.my

Pemakaian yang selesa adalah sangat penting untuk memudahkan pergerakan ibu yang sedang berpantang. Maklumlah, nak berjalan laju pun tak boleh lagi kan? Jadi, untuk keselesaan memang ibu yang tengah berpantang ni kebanyakkannya akan pakai t-shirt sahaja di rumah. Jadi, bagi anda yang jarang pakai pakaian sebegini, inilah masa yang sesuai untuk lebih keselesaan.

3. Nursing bra

www.uddercovers.com

Nursing bra adalah sejenis pakaian dalam yang berlainan dari yang biasa. Ada dalam kalangan ibu yang ingin menyusukan anak secara sendiri, penggunaan nursing bra adalah sangat berguna kerana mempunyai fungsi yang memudahkan proses penyusuan. Bukan itu sahaja, anda pun tak akan merosakkan pakaian dalam yang biasa untuk menyusukan anak.

4. Kain batik

http://theviralsite.blogspot.my/

Ini adalah barang keperluan semasa berpantang yang paling popular sejak zaman dahulu lagi. Penggunaan kain batik sebagai pengganti seluar amat penting untuk keselasaan ibu dalam berpantang. Ini penting juga kepada ibu yang bersalin secara pembedahan supaya bekas jahitan tidak terganggu dengan material kain.

5. Pati ikan haruan

http://kamsiah-yusoff.blogspot.my/

Ikan haruan sudah diketahui ramai dalam khasiatnya yang boleh segera menyembuhkan luka. Jadi, amalkan pengambilan pati ikan haruan yang boleh dibeli di pasaraya atau kiosk barangan herba dan kesihatan. Jika tak mahu makan pati ikan haruan, anda juga boleh cuba masak sup ikan haruan untuk menyembuhkan luka bersalin.

6. Set berpantang

http://sensistop.net/

Sudah bermacam-macam jenama set berpantang boleh didapati di pasaran sekarang ini. Set berpantang ini sudah dilengkapi dengan makanan herba, tungku pemanas dan juga barang mandia herba untuk kegunaan anda. Jadi, tak payah nak risau tentang barang kesihatan yang susah dijumpa kerana set berpantang ini ada kesemuanya!

7. Stokin

http://www.bengkungmoden.com/

Untuk memastikan kaki anda sentiasa panas dan tak masuk angin, pemakaian stokin ketika berpantang adalah sangat penting. Kalau boleh pada waktu siang dan malam pun anda kena pakai juga stokin ini supaya badan kita pun teerjaga dari angin sejuk. Bukan itu sahaja, bila dah pakai stokin ni dapat mengurangkan kesakitan kaki ketika berjalan.

8. Tuala wanita

http://www.connectnigeria.com/

Penyediaan tuala wanita atau sanitary pad juga perlu untuk wanita yang berada dalam pantang. Khususnya bagi anda yang melahirkan anak menggunakan kaedah ceasarian. Tempoh adanya narah nifas selepas melahirkan anak adalah 15 hari tetapi mungkin akan berbeza bagi sesetengah orang. Jadi, jangan lupa beli tuala wanita banyak-banyak ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×