Sihat

Ini 7 Jenis Ekzema Anda Kena Tahu, Semuanya Berbeza-Beza!

15
SHARES

Pasti ramai dalam kalangan anda pernah mendengar atau mengalami penyakit kulit yang dikenali sebagai ekzema. Ekzema atau dermatitis ialah sejenis penyakit radang kulit yang sangat lazim ditemui dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa.

Penyakit ekzema terjadi disebabkan beberapa faktor dan terbahagi kepada beberapa jenis ekzema. Di bawah kami kongsikan 7 jenis endogenous ekzema untuk anda bezakan.

Baca juga: Doktor Kongsi 10 Cara Untuk Hentikan Anak Menggaru Kalau Ada Ekzema…

INI 7 JENIS EKZEMA ANDA KENA TAHU, SEMUANYA BERBEZA-BEZA

Ramai orang tidak tahu ekzema ada pelbagai jenis, bentuk dan rupa. Kebanyakannya fikir ekzema hanya berlaku pada bayi atau kanak-kanak saja. Jom belajar lebih lanjut jom!

Eczema terbahagi kepada 2: endogenous & exogenous. Endogenous bermaksud eczema yang berlaku secara semulajadi, manakala exogenous adalah eczema yang berlaku disebabkan faktor luaran. Hari ini kita fokus endogenous ekzema dulu.

Endogenous eczema ada 7 jenis: atopic, seborrheic, stasis, discoid, hand and feet, pompholyx & asteatotic.

1. Atopic eczema (AE)

Ini yang paling kerap kita jumpa. Kebanyakannya berlaku dalam kalangan kanak-kanak (15-30%) tetapi boleh juga berlaku dalam orang dewasa (2 -10%). AE kelihatan seperti kulit merah, kering & gatal yang mengganggu kawasan tertentu kulit.

Bagi kanak-kanak usia kurang dari 2 tahun, tempat yang selalu kena adalah pipi, badan, luaran tangan atau kaki. Semakin meningkat umur, AE selalunya kena di kawasan pelipat, leher dan tapak tangan.

2. Seborrheic (se-bo-rik)

Ekzema jenis ini pula berlaku di kawasan banyak kelenjar minyak i.e kepala, celah hidung, belakang telinga, kening dan bahagian atas badan.

Jika anda ada kelumumur yang banyak, berkemungkinan anda ada penyakit ini. Disebabkan ia dtg dari kelenjar minyak, kulit mati penyakit ini kelihatan berminyak (greasy scales), berbanding dengan ekzema yang lain.

3. Stasis eczema

Ekzema jenis ini yang berlaku kerana darah tidak beredar dengan elok i.e poor circulation. Maknanya, darah statik di bahagian hujung kaki. Sebab tu namanya stasis eczema. Selalunya orang berumur lebih 50 tahun, dan perempuan lebih banyak kena dari lelaki.

4. Nummular

Nama lainnya discoid eczema. Senang nak kenalpasti ekzema ini. Ia kelihatan bulat-bulat seperti duit syilling, size selalunya dalam 1 -3 cm. Nummular tu dalam bahasa latin maksudnya coin (duit syilling). Menarik kan?

5. Hand & Feet eczema

Seperti namanya, selalu kena pada bahagian tangan dan kaki. Ada kalanya ia menjadi sangat kering sehingga merekah kulit. Ada kalanya, sisik menjadi sangat tebal dan keras.

6. Pompholyx (pom-pho-liks)

Pompholyx atau dyshidrotic ekzema adalah satu type hand & feet ekzema. Ekzema ini pun saya suka hehe. Sebabnya, pompholyx ini maksudnya buih dalam latin.

7. Asteatotic atau craquele (krek-ke-ley)

Ekzema ini adalah ekzema yang berlaku disebabkan kulit yang terlalu kering. Kering sangat sehingga merekah kulit itu. Sebab itu panggil craquele ie the skin cracks.

Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami masalah ekzema yang teruk.

Sumber: Twitter MedTweetMY

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×