Bersalin

Ini 6 ‘Checklist’ Barang Keperluan Si Ibu Dan Bayi Di Hospital Sebelum Bersalin

20.1K
SHARES

Apabila kandungan telah mencapai 5 ke 6 bulan, perkara penting untuk dilakukan adalah dengan membeli barangan bayi. Barangan penjagaan bayi adalah antara barangan yang paling seronok dibeli kerana terdapat pelbagai pilihan di pasaran. Tetapi, jangan bazirkan duit dengan membeli barangan yang tidak diperlukan, sebaliknya senaraikan barangan yang perlu sahaja supaya tidak tersalah pilih nanti.

Amat penting juga untuk anda menyiapkan barangan yang perlu dibawa ke hospital supaya tidak mengalami ‘panic attack’ nanti. Maklumlah, kita tidak pasti dan tidak tahu saat-saat kelahiran itu akan berlaku pada waktu bila. Oleh itu, lebih baik untuk anda atau suami untuk menyediakan kelengkapan sebelum ke hospital. Tak pasti nak bawa apa? Jangan risau, kami senaraikan barangan apa yang anda perlu masukkan dalam ‘checklist’!

1. BARANG BAYI

Aku siap packing macam ni so senang tak payah nak meraba-raba dalam beg cari baju la, seluar la. Beg plastik ni beli dekat Ikea. Nanti boleh refill balik baju-baju yang dah kotor.

www.facebook.com/nadyiayaya

Setiap beg plastik ada :

– rompers panjang 2 helai/ baju lengan panjang n seluar 2 helai ( setiap beg plastik tu aku letak sepasang2 la, kan ada 4beg tu hehe)
– mitten&booties
– hat
– bedung
– pampers
– barut

2.BARANG BAYI (EXTRA)

Bertanda extra tu aku letak : ( in case tak cukup, boleh grab je dalam plastik extra ni)

– baju lengan pendek 2helai
– extra pampers
– extra mitten&booties
– extra bedung
– extra barut

Plastik sebelah tu pulak :

– towel
– selimut
– sapu tangan

Yang bawah tu dalam kotak:

– baby care ( bedak, lotion, shampoo, minyak telon, baby oil, minyak yuuyee, cotton bud)
– baby wipes
– botol susu ( incase nk pakai nti, aku spare siap)

3. Checklist barang mommy

– baju 2 helai
– kain batik
– skirt
– towel
– shawl/ tudung sarung
– stocking
– breast pad
– maternity pad
– toiletrities ( sabun, ubat gigi, berus gigi, coconut scrub tu WAJIB BAWAK bebas dri segala daki)
– mommy care ( lotion, moisturizer, vaseline, barang makeup sikit)
– minyak tyt
– breast pump ( incase nk guna, spare jer)

Yang takde dalam gmbar perlu bawak ( sebab tak beli lagi):

– nursing bra
– disposable panties
– nipple cream

4. Dalam bakul

-thermos
– mug,pinggan, sudu
– horlicks 3in1
– biskut2
– kurma & air zam zam ( xde dlm gmbr)

5. Wajib bawa

– kad pengenalan
– buku pink
– yasin
– charger, powerbank
– handphone
– bahan bacaan ( aku rasa tak sempat nak baca pun, saja la aku nak bawak. Best buku nana ni semua benda dia cita dari cara nak push macam mana, breastfeeding, dalam pantang. Dah lama aku beli buku ni sebelum kawin lagi. Tak tahu la ada lagi ke tak. kalau nk pinjam boleh jer hehe)

6.BAKUL BERPANTANG

Yang ni pula bakul baju baby dan semua la sebab aku berpantang dekat rumah mak mertua, bawak 1 bakul ni jer. Semua boleh sumbat sebab besar. Berzip macma ni tak ada habuk masuk. Atas tepi boleh bukak. Beli dekat kaison Rm25 rasanya.

*Tak adalah panik nanti nak bawa barang apa kan? Buat persiapan awal!

Sumber: Nadyia Yaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×