Famili

Ini 5 Perkara Yang Bikin Ibu Bapa Runsing Apabila Tiba Cuti Sekolah

620
SHARES

Cuti sekolah adalah antara waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak yang masih bersekolah, tetapi juga adalah waktu yang paling dirisaukan oleh ibu bapa! Haa..siapa yang ada anak yang bersekolah tu mesti boleh relate kan?

Jom baca antara situasi yang ibu bapa selalu hadapi bila tibanya musim cuti sekolah..Anda pun macam ni ke?

Hmm..kat mana nak hantar anak ye?

Bagi ibu bapa yang bekerja tu, perkara ni memang jadi masalah besar. Yelah, selalunya bila kita pergi kerja, anak pun akan pergi sekolah. So, dah settle satu masalah. Tapi bila cuti sekolah, siapa nak jaga anak-anak?

Kesudahannya, terpaksalah kita berkorban ambil cuti sekali!

Nak suruh anak tidur awal, dah macam berperang!

Haa..ni satu lagi masalah. Bila cuti sekolah, maknanya tak payah bangun awal pagi. Jadi, ni lah masanya untuk anak korang ambil peluang nak tidur lambat dan tengok tv sampai pagi! Masa ni, keluarlah beribu alasan kenapa diorang taknak tidur awal.

Eh..mana boleh! Diorang yelah cuti, tapi kita yang mak bapak ni tetap kena bangun awal nak pergi kerja. Tapi nak paksa anak-anak tidur awal sekali cukuplah payah! Cakap sepuluh kali tak jalan, sudahnya, kena guna kuasa veto, tutup tv dan sorok remote!

Cukup ke bajet nak bawa anak-anak bercuti?

Bagi anak-anak, cuti sekolah bermakna waktu untuk berlibur dan jalan-jalan! Mereka memanglah seronok tapi kita ibu bapa ni yang dah berpeluh-peluh fikir bajet untuk bercuti.

Kesian pula jika tak bawa mereka bercuti. Selalunya, dua tiga bulan sebelum cuti sekolah, ramai yang dah plan dan kumpul duit siap-siap untuk bercuti. Takdelah, tengah bulan dah korek tabung!

Cuti approve ke tak?

Bila dah plan dan dah ada bajet untuk bercuti, akan timbul pula satu masalah baru iaitu cuti! Dua tiga minggu sebelum nak pergi bercuti tu, dah apply dah cuti awal-awal. Punyalah tak senang duduk selagi bos tak approved. Haru dibuatnya nanti!

Tapi bila bos dah luluskan cuti, fuhhh lega!

Nak buat apa supaya anak tak bosan duduk rumah?

Cuti sekolah ni selalunya lama, berminggu-minggu. Bagi yang tak pergi bercuti dan duduk je kat rumah tu, mesti bosan kan. Kita yang parents ni pun kesian tengok.

Masa ni mulalah datang macam-macam idea nak buat aktiviti untuk bagi anak-anak enjoy. Tapi, nama pun budak-budak, sekejap je dah bosan dan hilang minat. Pening kepala kita sebagai ibu bapa ni nak fikirkan aktiviti apa nak buat lagi.

Bawa je anak-anak anda ke KidZania Kuala Lumpur. Ada banyak aktiviti menyeronokkan!

Related image

Sempena cuti sekolah pada bulan Mei dan Jun ini, KidZania Kuala Lumpur ada menyediakan pelbagai program menyeronokkan bertemakan Sains dan Angkasa! Haa..apa lagi, jom bawak anak-anak anda ke KidZania Kuala Lumpur. Mesti mereka pun excited!

Anda yang ada anak berumur 8 tahun ke atas tu, bolehlah tinggalkan anak anda di KidZania Kuala Lumpur. Lepas tu, anda suami isteri bolehlah dating atau shopping. Dijamin selamat dan anak anda pun akan rasa macam tak nak balik!

Di Program Sains dan Angkasa KidZania Kuala Lumpur ni juga, disediakan pelbagai aktiviti menarik mengikut karier dalam industri angkasa yang boleh anak anda terokai. Antaranya, saintis, saintis roket, saintis makanan, angkasawan dan jurutera!

Jom tengok antara aktiviti yang ada di Program Sains dan Angkasa KidZania Kuala Lumpur!

Building a windmill (mangoSTEEMs)

Image result for kidzania kl playdough

Tempat: Main Square
Tarikh: 25 Mei, 1 Jun & 8 Jun 2019

Kelas ini akan megajar anak anda cara untuk memanfaatkan kuasa angin sambil belajar tentang mesin roda dan gandar menerusi pengajaran STEM!

Improving a playdough process (mangoSTEEMs)

Image result for kidzania kl playdough

Tempat: Main Square
Tarikh: 26 Mei, 2 Jun, & 9 Jun 2019

Siapa kata playdough ni hanya permainan untuk suka-suka je? Dengan playdough juga, banyak skil dan konsep sains yang boleh dipelajari melaluinya!

Junior Astropreneur Mini Bootcamp (Generasi Marikh Academy)

Image may contain: one or more people

Tempat: TV Studio
Tarikh: 26 Mei 2019

Terokai semua keajaiban sains dan angkasa melalui bootcamp mini oleh Generasi Marikh Academy!

Kem Angkasa (Generasi Marikh Academy)

Image result for kids and space

Gambar sekadar ilustrasi

Tempat: TV Studio
Tarikh: 27 – 31 Mei 2019

Sesi ini akan mendedahkan tentang pelbagai karier menarik dalam industri angkasa dan anak-anak anda juga boleh mempelajari cara untuk membuat satelit mereka sendiri!

Google Expeditions VR Experience

Image result for kidzania kl Google Expeditions VR Experience

Tempat: TV Studio
Tarikh: 1 – 8 Jun 2019

Rasai pengalaman menarik menjelajah ke ruang angkasa lepas dan nikmati perjalanan ke pusat Apollo Saturn V dan planet Mars!

Making Slime Galaxy (Science Bridge Academy)

Image result for kidzania kl science and space program

Tempat: Main Square
Tarikh: 3– 4 Jun 2019

Jom belajar buat slime galaksi sendiri dan ketahui serba sedikit tentang cecair, pepejal dan gas di sini!

Making Moon Sands (Science Bridge Academy)Image result for kidzania kl moonsand

Tempat: TV Studio
Tarikh: 6 – 7 Jun 2019

Tertanya-tanya tekstur pasir dari bulan? Haa..pelajari sifat-sifat hidrofobik dengan membuat pasir dari bulan sendiri di kelas ini!

Creative Tack-It Modelling (Faber-Castell)

Image result for kidzania kl creative tack it faber castell

Tempat: Main Square
Tarikh: 10-16 Jun 2019

Jom cipta bentuk-bentuk planet dan bulan menggunakan produk dari Creative Tack-It!

Haa..Ada juga boleh hantar anak anda ke bengkel mingguan juga tau. Ada banyak aktiviti menarik dan kreatif disediakan antaranya:

Galaxy Bathbombs (Tanamera)

Image result for kidzania kl galaxy bath bombs

Tempat: Jail Area
Tarikh: 25 – 26 Mei 2019

Selama ni, kita hanya tahu menggunakan bathbombs, tapi anda tahu tak cara nak membuatnya? Haa..ibu bapa pun boleh join sekali bengkel ni dan buat sendiri bathbombs galaksi dengan anak-anak!

Astronaut’s Chocolate Pudding (Malaysian Palm Oil Council)

Related image

Tempat: Jail Area
Tarikh: 1 – 2 Jun 2019

Nak tahu macam mana angkasawan makan di angkasa lepas? Jom belajar teknik-teknik memproses 8 jenis makanan di Bengkel Puding Coklat!

Dodecahedron (Faber- Castell)

Image result for Dodecahedron (Faber- Castell)

Tempat: Jail Area
Tarikh: 8 – 9 Jun 2019

Apa itu dodecahedron? Ia adalah satu bentuk yang mempunyai 12 permukaan. Jom belajar pelbagai jenis pesawat dan geometri dengan Faber-Castell!

Launch A Rocket (F&N)

Image result for kidzania launch a rocket

Tempat : Berhadapan National Store
Tarikh: 15 – 16 Jun 2019

Pelajari segalanya tentang Newton’s Third Law dan cipta mini roket dengan menggunakan barangan yang boleh didapati di rumah. Seterusnya, mini roket anda sedia untuk dilancarkan!

Haa..bukan itu je, ada juga aktiviti – aktiviti lain di KidZania Kuala Lumpur bertemakan Sains & Angkasa yang menyeronokkan seperti:

Mission Foods Rocket Lunch

Image result for lunch wrap rocket

Tempat: Mission Food Healthy Food Centre
Tarikh: 25 May – 16 Jun 2019

Jom jadi lebih kreatif dan cipta makanan tengahari anda menjadi bentuk roket dengan menggunakan Mission Food’s Wrap! Haa..nanti akan diadakan contest Instagram untuk Mission Foods Rocket Lunch di mana, peserta yang mencipta makanan tengahari paling kreatif bertemakan roket, akan memenangi hadiah menarik! Siapa tahu, mungkin anak anda yang menjadi pemenang.

KZ Science Post

Image result for kidzania kl science post

Tempat: KZ Post
Tarikh: 25 Mei – 16 Jun 2019

Wawancara CitiZens di bandar KidZania Kuala Lumpur mengenai eksperimen sains kegemaran mereka dan tulis semua tentangnya di KZ Post!

Space Radio Station

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, screen and indoor

Tempat: Stesen Radio
Tarikh: 25 Mei – 16 Jun 2019

Jom bincangkan tentang keajaiban galaksi dan angkasa lepas bersama DJ radio melalui program Sains dan Angkasa!

Oh ya, anda juga berpeluang untuk mendapatkan 40% diskaun pada tiket Program Sains dan Angkasa ni apabila anda beli tiket secara online dan menggunakan promo kod ATOM40. Wow, jimat banyak tu!

Tempoh pembelian adalah dari 19 April sehingga 31 Mei 2019
Tempoh lawatan adalah dari 20 April sehingga 16 Jun 2019

Menarik dan bermanfaat kan semua aktiviti-aktiviti ni? Dari duduk rumah je, apa kata bawa anak anda ke KidZania Kuala Lumpur. Mesti mereka terhibur dan teruja apabila dapat belajar tentang Sains dan ruang angkasa lepas ni.

Untuk maklumat lanjut, layari www.kidzania.com.my

Most Popular

Waktu Solat

1 January 2017, Thursday
Subuh
00:00am
Syuruk
00:00am
Zuhur
00:00am
Asar
00:00am
Maghrib
00:00am
Isyak
00:00am

Waktu Solat Ini Dibawakan Oleh
Waktu Solat Malaysia

To Top