Famili

Ingin Tahu Apa Projek Lain Yang Dijalankan Oleh Aman Palestin Selain Ibadah Korban? Jom Baca Artikel ni!

246
SHARES

Nama Aman Palestin merupakan nama yang tidak asing lagi di Malaysia ni. Ia sangat dikenali sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.

Aman Palestin melaksanakan Ibadah Korban di Palestin, Syria, Yaman dan kem-kem pelarian di Lubnan bertujuan meringankan beban serta memberikan sinar kegembiraan Aidil Adha kepada rakyat yang sering ditindas di bumi Syam.

Tapi kalau anda nak tahu, mereka bukan sahaja menyalurkan makanan tetapi mereka juga membantu mereka dari setiap aspek yang lain. Jom lihat bagaimana wang yang ada dermakan disalurkan di bumi anbia ini!

Bagaimana misi Aman Palestine dapat membantu dalam pelbagai bentuk projek di Palestin, Syria, Lubnan & Yaman.

Bantuan pembiayaan sara hidup

Sekatan ekonomi di Lubnan mengakibatkan kesemua pelarian di Lubnan dilarang untuk bekerja Mereka terpaksa mengharapkan sumbangan luar.

Aman Palestin membantu sara hidup mereka melalui bantuan wang tunai.

Perbaiki infrastruktur dan membina lebih banyak kem penempatan

Seperti yang kita tahu, infrastruktur kediaman pelarian seringkali tidak berada didalam keadaan yang baik. Terdapat juga kem yang hampir musnah akibat serangan.

Aman Palestin juga bantu memperbaiki kanvas yang reput dan berlubang. Mereka juga membina lebih banyak kem supaya ia dapat menampung penghuni yang ada.

Memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk merasai daging korban

Ini kerana daging di sana terlalu mahal dan kebanyakkan dari mereka tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan. Mereka hanya dapat merasai daging setahun sekali sahaja.

Kemiskinan mereka juga mengakibatkan malnutrisi yang boleh mengakibatkan mereka dijangkiti penyakit lain.

Sehubungan itu, Aman Palestin Berhad pada tahun ini sekali lagi menganjurkan projek korban dengan sasaran penyertaan yang lebih ramai dan capaian yang lebih berkesan berbanding tahun-tahun sebelum.

Masih sempat untuk anda beri sumbangan untuk ibadah korban pada tahun ni tau! Lebih mudah pula tu!

Anda hanya perlu ke laman web di jommenyumbang.com dan pilih je jenis sumbangan yang anda nak buat.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh pilih nak buat ibadah korban anda sama ada di Palestin, Yaman atau di Syria! Harga nya adalah seperti berikut:

PALESTIN

– 1 bahagian lembu – RM2300
– 1 ekor kambing – RM2300

SYRIA

– 1 bahagian lembu – RM1900
– 1 ekor kambing – RM1900

YAMAN

– 1 ekor kambing – RM700

SEJUK BEKU

– 1 bahagian lembu – RM750

Dengan pelaksanaan kempen ini, ia dapat membuka ruang dan peluang masyarakat untuk merasai pengalaman melaksanakan ibadah korban di luar negara khususnya di Palestin, Syria, Yaman dan Lubnan.

Dalam masa yang sama, kempen ini membantu menyambung kehidupan mereka yang hidup dalam keadaan yang sentiasa ditindas.

Beberapa kumpulan telah pun berangkat untuk misi mereka semalam tau!

Jom sama-sama kita doakan agar misi mereka berjalan dengan lancar!

Walaupun tak ke sana, kita pun boleh sama-sama bantu dengan memberi sumbangan bagi melancarkan usaha mereka ni dan berikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat disana.

Untuk maklumat lanjut dan update terkini, anda boleh ke laman web mereka di SINI atau di SINI! Anda juga boleh ke laman Facebook serta Instagram mereka juga tau! Jom menyumbang hari ni!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×