Famili

Ingin Berikan Hadiah Istimewa Buat Ibu Tersayang? Benda Ini Pasti Buat Dia Gembira

8.6K
SHARES

Banyak sebenarnya nama panggilan untuk seorang ibu seperti ummi, mama, emak, bonda, mummy dan sebagainya. Ibu memang hebat. Mengasuh dan mendidik anak dari kecil hingga dewasa. Mengajarkan erti kehidupan tak kira apa jua keadaan. Senang cerita, ibu memiliki sifat mulia. Betul tak?

Jadi bagaimana anda menghargai ibu anda? Seorang ibu tidak mengharapkan hadiah yang mahal pun. Cukup sekadar bertanya khabar dan menjenguknya di kampung. Tapi kalau nak lebih istimewa apa salahnya.

Tahukah anda Hari Ibu akan disambut pada bulan Mei setiap tahun? Sempena Hari Ibu yang bakal diraikan tidak lama lagi, admin nak cadangkan hadiah terbaik untuk ibu anda!

Raikan Hari Ibu bersama Poh Kong

Apa kata sekali sekala buat ibu anda gembira. Poh Kong kali ini ada sesuatu yang istimewa untuk menghargai ibu anda. Ada koleksi barang kemas sempena Hari Ibu yang direka khas oleh Poh Kong. Dengan bertemakan “Reveal Your Love, And Fill Their Hearts With Warmth And Joy“, pasti buat ibu anda rasa dihargai dan istimewa pada Hari Ibu tahun ini.

Rantai leher dengan mutiara putih & berlian yang berkilau

 

Kalau nak bagi rantai, boleh bagi yang ni. Cantik kan. Rantai ini direka sebagai tanda kasih sayang tanpa syarat seorang ibu terhadap anak-anaknya dengan cinta yang tulus. Reka bentuk rantai duo ini tampak indah dengan menggabungkan keanggunan mutiara berkilat dengan kilau berlian. Kombinasi mantap!

Set mutiara emas kuning yang meletop

Nak bagi loket dengan anting-anting sekaligus? Boleh pilih yang ni. Set barang kemas ini terdiri daripada loket dan sepasang anting-anting. Dua dalam satu! Mutiara yang ringan ini sangat menonjol dengan bentuk bunga emas kuning. Nampak simple dan cantik. Sesuai untuk ibu yang sukakan penampilan ringkas.

Emas putih dengan berlian, lagi elegan

 

Ibu anda seorang sederhana? Kalau anda beri set barangan perhiasan ini pasti dia gembira! Terdiri daripada loket, cincin dan sepasang anting-anting, koleksi ini mempunyai perincian yang teliti. Emas putih dan berlian melengkapi satu sama lain dengan sempurna! Aura keanggunan, indah dan nampak lebih feminin jika digayakan.

Set emas putih dengan berlian ini pasti boleh curi pandangan seseorang. Memang sesuai sangat kalau nak beri untuk ibu anda sebagai tanda penghargaan. Ayah anda pasti jatuh hati semula pada ibu anda kalau pakai. Boleh menggamit memori waktu bercinta dulu. Romantiknya!

Koleksi Auspicious pasti buat anda terpukau

Untuk Hari Ibu yang lebih perfect, ambil set barang kemas klasik dari Koleksi Auspicious. Design memang nampak klasik. Ada sentimental value. Merangkumi loket yang cantik dengan gelang emas yang simple tapi elegan. Gorgeous sungguh!

Harga promosi sempena Hari Ibu di Poh Kong

 

Nah admin bagi peluang untuk anda survey harga barang kemas yang ada di Poh Kong sempena Hari Ibu. Ikut koleksi yang anda nak. Jangan lupa simpan duit dari sekarang kalau nak beli untuk ibu anda. Hihi. Tak sabar nak belikan untuk ibu.

Ada promosi istimewa tau untuk para pelanggan Poh Kong. Anda boleh dapat payung Magic Love secara eksklusif dengan pembelian barang kemas sebanyak RM1000 ke atas di semua cawangan Poh Kong. Sementara stok masih ada. Promosi sah sehingga 13 Mei 2018. Tertakluk pada terma dan syarat.

 

Pasti anda nak tahu apa yang istimewanya pada hadiah eksklusif oleh Poh Kong ini kan? Payung Magic Love ni memang special! Akan muncul bentuk love pada payung bila terkena air. Comelnya! Takkan nampak bentuk love tu selagi tak basah. Memang kena sangat dengan tema “reveal your love” tu.

Cepat datang untuk lihat koleksi barang kemas eksklusif sempena Hari Ibu. Boleh dapatkan di Poh Kong, Poh Kong Gallery, Diamond & Gold, Diamond Boutique dan Oro Bianco. Info lebih lanjut boleh terus ke laman web Poh Kong atau Facebook Poh Kong Jewellers. Hari Ibu tahun ini lebih sempurna dengan koleksi barangan kemas daripada Poh Kong buat ibu anda. Weee…

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×