Percutian

Dah Buka! Ini 10 Indoor Playground Di Johor Bahru Untuk Bawa Anak. Yang Penting Patuhi SOP Ya

127
SHARES
indoor playground di jb

Masa PKP tempoh hari, semua playground masih ditutup bagi mengekang penularan COVID-19. Mesti dah lama mereka tak ke playground kan?

Di sini kami senaraikan 10 indoor playground di Johor Bahru yang ibu ayah boleh bawa anak-anak untuk bersantai bersama-sama.

Pastikan ibu ayah bawa stokin siap-siap untuk anak dan mengikut panduan SOP yang telah ditetapkan sebelum masuk ke dalam.

Jom tengok senarai 10 taman permainan indoor yang dah beroperasi semula di JB dan ada juga yang menawarkan promosi menarik sempena pembukaan.

10 Indoor Playground Di Johor Bahru Anak-anak

1. Olymkids – Kids Sports Edutainment – Toppen Shopping Centre

Terletak di salah sebuah mall terbaru di JB, Toppen Shopping Centre, ibu ayah boleh bawa anak-anak bermain lebih 20 aktiviti sukan yang direka khas untuk kanak-kanak.

Antaranya sukan lawan pedang, besbol, flying fox, memanah, bola keranjang, golf dan banyak lagi. Memang menarik sebab kebanyakan sukan ni mereka selalu tengok dekat TV je kan? Kali ni boleh cuba betul-betul!

Wah, tentu pengalaman yang unik dan menarik untuk anak-anak kan?

https://www.facebook.com/watch/?v=779245319194016

Harga:

*Sekarang ni ada promosi pembukaan semula di OlymKids.

Untuk waktu bermain selama 3 jam dengan harga RM36, ibu ayah boleh dapatkan baucar Ikea RM10 secara percuma. Kanak-kanak bawah 3 tahun masuk percuma.

(Harga asal ialah RM68.)

FB : https://www.facebook.com/olymkidsattoppen/

 

2. The Parenthood – Toppen Shopping Centre

Sebuah lagi taman permainan yang boleh dikunjungi ketika ibu ayah bershopping di Toppen Shopping Centre ini ialah The Parenthood.

Yang tinggal sekitar KL dan Selangor mungkin dah tahu yang taman permainan The Parenthood ni dah ada di Sunway Putra Mall, Sunway Pyramid dan MyTOWN Shopping Centre.

Keunikan The Parenthood ini adalah pada program pembelajaran, aktiviti, dan bengkel untuk anak-anak di mana ibu bapa pun boleh turut serta.

Selain menyediakan taman permainan yang menyeronokkan, The Parenthood ada menganjurkan kelas vokal, kelas taekwondo, kelas membuat kek, kelas robotik & coding, dan banyak lagi.

Harga:

Harga tiket Playland The Parenthood ialah RM19 (Hari minggu) dan RM39 (Hujung minggu)

FB : https://www.facebook.com/theparenthoodtoppenjb

3. PlayLrn – R&F Mall Johor Bahru

Playlrn yang berkonsepkan 'indoor playground' dekat R&F Mall Johor Bahru!

Promosi Super Craziest Sale dengan diskaun 55% sempena Back to School hanya di Playlrn, R&F Mall Johor Bahru! Harga promosi, RM150 untuk 4 orang Kanak Kanak RM30 untuk seorang Kanak Kanak (selepas jam 6 petang)Harga biasa, RM65/Kanak Kanak RM12/Dewasa 📍 2nd Flood, R&F Mall Johor Bahru ⏰ 10.00 Pagi – 10.00 Malam (Setiap hari) ☎️ 019 700 0957 Facebook Page PlayLrn, https://m.facebook.com/playlrn/Instagram PlayLrn, https://instagram.com/playlrn?igshid=vnpvju4e9fue#PlayLrn #VisitJohorFun #RNFMall

Posted by Visit Johor on Wednesday, January 1, 2020

Terletak berhadapan City Square JB, R&F Mall adalah salah satu mall yang agak baru di Johor Bahru.

Selain terkenal dengan panggung wayang mewah, di sini juga terdapat indoor playground yang seronok dan berbaloi untuk ibu ayah kunjungi bersama anak-anak.

Apa yang unikya di sini ialah ia memperkenalkan konsep virtual reality yang menarik dan memberi pengalaman unik untuk anak-anak. Walaupun mahal sikit, tapi memang berbaloi!

Harga:

Harga tiket masuk ke PlayLrn ialah RM55 (Hari minggu) dan RM65 (Hujung minggu).

FB : https://www.facebook.com/playlrn/

 

4. FANPEKKA – Aeon Mall Tebrau

Fanpekka adalah salah satu taman permainan indoor yang beroperasi di bawah Mollyfantasy Malaysia.

Bertemakan fantasi, taman permainan di sini amat luas dan dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan. Harga pun sangat berpatutan.

Masa masuk nanti, setiap kanak-kanak akan diberi pasport istimewa, di dalam ni juga ada kafe untuk ibu ayah minum-minum dan bersantai sambil tunggu anak bermain.

Mereka juga mengamalkan SOP untuk memastikan keselamatan anak-anak bermain di sini.

Harga: 

Bayaran masuk FANPEKKA adalah RM74 termasuk 1 kanak-kanak (RM62) dan 1 dewasa (RM12) sementara seorang dewasa tambahan akan dikenakan bayaran RM12 * kanak-kanak mesti ditemani oleh penjaga yang berumur 18 tahun ke atas.

FB : https://www.facebook.com/fanpekka/

 

5. Utopia Jungle World – Paradigm Mall Johor Bahru

Ada satu indoor playground yang menarik terletak di Paradigm Mall, JB iaitu Utopia Jungle World.

Utopia Jungle World didatangkan dengan Jungle World, Bricks World, Bumper Car, Rainbow Tree, Nature’s Beach, Balloon House, Interactive Slide, Adventure Pool dan mempunyai ruang untuk ‘Art Zone’ kanak kanak.

Selain aktiviti dan bengkel, di sini juga ada pentas untuk sebarang aktiviti atau persembahan kanak kanak. Seronok!

Foto Kredit: Visit Johor

Harga:

Sempena pembukaan semula, Utopia Jungle World telah mengadakan promosi eksklusif untuk semua pelanggan kami untuk menghidupkan kembali kegembiraan setelah sekian lama!

Harga promosi adalah seperti berikut:

  • RM35 untuk 2 jam ke kedua-dua taman (Brick World & Jungle World) * harga biasa pada RM68 *
  • RM60 untuk 2 tiket, 2 jam ke kedua-dua taman * harga biasa pada RM136 *
  • Hanya tambah nilai rm10 untuk menikmati perjalanan menaiki kereta bumper! (tersedia untuk 2 orang setiap perjalanan, 1 pemandu dan 1 penumpang) * harga biasa pada rm14 setiap orang * 1 kemasukan dewasa percuma

FB :  https://www.facebook.com/utopiajungleworld/

 

6. Angry Bird Activity Park – Komtar JBCC

Satu-satunya taman tema Angry Bird di Malaysia, peminat Angry Bird terutamanya jangan lepaskan peluang untuk beraktiviti di sini tau.

Harga:

Sekarang ada pakej kombo kemerdekaan Angry Birds & Skyscape Johor Bahru.

Promosi masih berlangsung hingga 16 September 2020 ini.

 

7. Kiddytopia – Mid Valley Southkey

Terletak dalam salah satu mall terbesar di JB iaitu Mid Valley Southkey, ibu ayah bolehlah rehatkan badan dan bersantai bila bawa anak-anak ke Kiddytopia yang terletak di sini.

Macam biasa, ada banyak permainan yang menarik untuk anak-anak terokai dengan harga yang berbaloi-baloi.

Harga:

Pas sehari (multiple entry) :

  • RM28 (2-12 tahun), RM15 (bawah 2 tahun) – hari minggu
  • RM 38 (2-12 tahun), RM20 (bawah 2 tahun) – hujung minggu

Dewasa masuk percuma (2 orang dewasa untuk 1 keluarga, tambahan RM5 untuk penjaga tambahan)

 

8. Bounce N Play – Sutera Mall

Harga:

Isnin – Khamis: 30 minit RM 7, 1 jam RM 14

Jumaat -Ahad: 30 minit RM 8, 1 jam RM 16

 

9. Seven Castle – Plaza Angsana

Sebuah lagi taman permainan indoor yang menarik di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Seven Castle juga memiliki banyak cawangan di seluruh Malaysia seperti di Mydin Mall dan Tesco.

Walaupun mungkin tidak seluas taman permainan yang disenaraikan di atas, namun tentunya ia tetap menyeronokkan dan harganya juga lebih jimat.

10. Smart Kids – Plaza Angsana

Satu lagi taman permainan indoor iaitu Smart Kids di Plaza Angsana ini terletak betul-betul di atas Seven Castle (Tingkat 4).

Harga:

1 jam RM9, Sehari RM12

 

Jom Bawa Anak-anak Ke Playground!

Menarik kan?

Menjelang cuti sekolah nanti bolehlah rancang percutian ke JB ya.

Selain shopping, bawalah anak-anak ke indoor playground ini.

Kalau ada cadangan indoor playgound lain di Johor Bahru yang best, bolehlah kongsikan dengan kami dan pembaca lain di ruangan komen.

Have fun!

[Baca juga : 11 Tempat Tarikan Terbaru Di Melaka, Sesuai Untuk Seisi Keluarga]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×