Inspirasi

Iklan Raya Viral Makcik Saadah, Ini Kisah Benar Kasih Seorang Isteri…

125
SHARES

IKLAN RAYA VIRAL

Benarlah orang kata kasih seorang isteri itu tiada batasnya. Begitu juga dengan kisah yang dipaparkan dalam sebuah iklan raya 2021 yang menjadi viral baru-baru ini. Memaparkan kisah seorang isteri yang seringkali menyediakan dan menghantar bekal makanan buat suaminya yang bekerja sehingga suaminya meninggal dunia.

Menjadi rutin, aktiviti menghantar makanan ke tempat kerja suaminya tersebut masih diteruskan walaupun suaminya sudah tiada…

IKLAN RAYA VIRAL MAKCIK SAADAH, INI KISAH BENAR

makcik saadah iklan viral

Menurut artikel Berita Harian pada tahun 2012, Makcik Saadiah melakukannya demi kasih sayang dan kesetiaan kepada suaminya, Alias Nik Daud. Kini, selama 37 tahun selepas suaminya meninggal dunia dalam serang hendap komunis di Temenggor pada 1975, beliau masih mengayuh basikal setiap hari kecuali jika tidak sihat untuk menghantar makanan ke

Katanya inilah inspirasi Iklan Raya SAJI yang VIRAL semenjak semalam.. Kisah Makcik Saadiah Abdullah yang hampir 40 tahun mengayuh basikal menghantar makanan ke IPD Gerik semenjak arwah suaminya dibunuh komunis pada tahun 1975.

37 TAHUN HANTAR MAKANAN DENGAN KAYUH BASIKAL

Namun, makanan berkenaan dihantar bukanlah untuk si suami, sebaliknya kepada sesiapa saja anggota polis yang bertugas di balai berkenaan. Menurut cerita orang kampung suami Makcik Saadiah ini dahulunya seorang BotMan.

Peranan BotMan ketika itu menghantar barangan keperluan kepada penjuang didalam hutan,ketika beliau dan beberapa rakan menjalankan tugas,ketika itulah mereka diserang hendap,komunis ketika itu memang sangat kejam, Botman ini diseksa sehingga mati,ada diantaranya mereka kemaluan dipotong,dikelar-kelar,diikat pada bot dan diseret.

Bukan itu sahaja, Makcik Saadiah juga pernah menghantar bekalan makanan nasi dan lauk-pauk ke IPD Gerik sejauh lima kilometer selama 37 tahun dengan hanya mengayuh basikal dan pernah menjadi perhatian apabila kisahnya disiarkan Berita Harian pada Mac tahun 2012..

Kini, Makcik Saadiah berhenti melakukan rutin itu selepas terjatuh basikal pada akhir tahun 2012 dan anaknya yang tinggal bersama pula membuka tayar basikal supaya ibunya tidak mengayuh basikal lagi kerana dikhuatiri berbahaya.

*Dicerita oleh orang kampung dan bekas BotMan yang masih hidup sehingga hari ini iaitu Pak Manaf Kuala Kenderong.

Sumber: RizalHakim, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×