Dapur

10 Idea Makanan Anak Umur Setahun, Nampak Mahal & Memang Sedap!

44
SHARES

Tugas seorang ibu tidak mudah seperti yang dibayangkan. Pelbagai tugas perlu dibuat seperti menyediakan juadah makanan untuk si anak.

Buat ibu yang ketandusan idea menu untuk si anak, boleh cuba 10 resepi mudah di bawah untuk menambah selera anak. Semuanya mudah dan hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Bebola Nasi & Kentang Berlemak, Boleh Tambah Selera Anak

10 IDEA MAKANAN ANAK UMUR SETAHUN, MEMANG SEDAP

1. Dragonfruit oat bites

Bahan-bahan:

  • Buah naga-lenyekkan
  • Serbuk oat (oat biasa blend)
  • Full cream milk/air

1. Campur semua. Agak-agak adunan tak cair tak pekat. Masak guna waffle maker. Mama buat kecil-kecil dan lipatkan.

2. Pancake oat kurma

Bahan-bahan:

  • Oat
  • Kurma
  • Full cream milk

1. Blend semua sekali. Adunan tak pekat tak cair. Sedang-sedang manja je. Kemudian, masak atas pan macam biasa. Siap

3. Lontong Goreng

Bahan-bahan: 

  • Nasi impit
  • Bawang putih (tumbuk)
  • Tomato paste
  • Cili yitu paste
  • Ayam
  • Sayur

1. Tumis bawang dan paste semua. Masukkan ayam dan tunggu hingga masak.

2. Masukkan nasi impit dan sayur. Gaul mesra dan siap.

4. Cekodok nasi

Bahan-bahan: 

  • Nasi sejuk
  • Tepung beras
  • Ikan bilis-rendam dan chopped/tumbuk
  • Bawang merah
  • Carrot
  • Daun sup
  • Air secukupnya

1. Gaul sebati semua bahan dan goreng.

5. Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan: 

  • Spagethi-rebus
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Carrot

1. Tumbuk kasar dan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan cili yitu paste, ayam dan sedikit serbuk kari.

3. Bila dah pecah minyak masukkan pasta yang telah direbus tadi. Masukkan sayur, pecahkan telur dan gaul mesra semua. Siap.

6. Roti Pisang Cheese

Bahan-bahan:

  • Pisang sebiji-lenyek
  • Cream cheese

1. Gaul sebati semua dan spread pada roti. Kemudian bakar. Siap

7. Potatorice Ball

Bahan-bahan: 

  • Kentang-rebus
  • Nasi
  • Bawang merah-hiris nipis
  • Isi ayam-rebus
  • Daun sup-hiris nipis
  • Unsalted butter

1. Lenyek kentang dan nasi. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul sebati.

2. Bulat-bulatkan adunan dan goreng. Nak salut telur pun boleh.

8. Steamed Egg

Bahan-bahan: 

  • Telur
  • Full cream milk
  • Mushroom-potong nipis
  • Daun sup-hiris halus
  • Carrot-disagat
  • Cream cheese

1. Satukan semua dan kukus 5-10 minit. Siap!

9. Kuih Cara Kurma

Bahan-bahan: 

  • Unsalted butter
  • Santan/full cream milk
  • Tepung gandum
  • Air

1. Blend kesemua skali. Adunan tak pekat tak cair, macam buat roti jala tu je.

2. Panaskan acuan. Lenser minyak dan tuangkan adunan. Letak kurma/puri kurma. Tunggu hingga masak. Siap.

10. Honey Garlic Chicken

Bahan-bahan: 

  • Ayam
  • Garlic
  • Blackpepper
  • Serai
  • Halia

1. Blend bahan dan salut pada ayam. Masukkan juga tepung beras dan tepung jagung. Perap seketika dan goreng hingga garing.

2. Tumis bawang hingga keperangan dan masukkan madu serta sedikit air. Masak hingga sedikit pekat. Masukkan ayam tadi dan gaul bagi salut. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Rina Azrina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×