Membesarkan 3 anak dengan status ibu tunggal bukanlah satu tugasan yang mudah.
Apatah lagi anak ketiga kepada Siti Norsakinah Binti Mohd Nazir atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Keyna merupakan penghidap Autisme.
Mahu memberikan yang terbaik buat anak-anaknya, ini kisah perjuangan Kak Keyna seorang ibu tunggal sebagai tonggak utama keluarga.
Bekerja keras demi memenuhi keperluan anak-anak!
Sebagai seorang ibu, Kak Keyna mahu anak-anaknya mendapat pendidikan dan keperluan harian yang terbaik apatah lagi buat anak istimewanya.
Menurut Kak Keyna dirinya bekerja keras dengan titik peluh sendiri untuk meraih pendapatan dan menyara kehidupannya sekeluarga.
“Apa yang menggembirakan saya adalah pekerjaan saya sebagai pemandu Grab membolehkan saya belanja anak saya beli barang keperluan dan barang yang mereka inginkan. Saya tidak mengalami kesempitan kewangan dan masa bahkan saya dapat beri anak-anak duit belanja sekolah setiap hari”, cerita Kak Keyna kepada kami.
Fleksibiliti diperlukan dalam menguruskan anak Autisme!
Nak menguruskan 3 orang anak ni menuntut saya untuk mencari pekerjaan yang fleksibel.
Alhamdulillah, saya dapat mengimbangi keperluan anak-anak dan memenuhi tuntutan kerja apabila bekerja sebagai penghantar GrabFood.
Waktu pagi saya boleh hantar anak-anak ke sekolah dan habis saja sekolah, saya boleh mengambil mereka tanpa sebarang kekangan dari mana-mana individu.
Kadang-kadang kala, anak autisme saya tantrum. Dia mengamuk, saya kena balik ke rumah untuk menenangkan dia dan mengemas semula rumah yang bersepah.
Bekerja sebagai penghantar GrabFood membolehkan saya untuk tamatkan waktu bekerja saya pada bila-bila masa. Jadi, saya boleh ‘turn off’ aplikasi Grab dan balik untuk meluangkan lebih masa dengan anak-anak saya.
Grab bantu jana pendapatan tanpa perlu korbankan masa dengan anak-anak!
Kata Kak Keyna, platform Grab telah membantu dirinya menjana pendapatan bulanan yang mencukupi selain memberikan dirinya fleksibiliti dalam pengurusan masa.
“Melalui komuniti #SisBoleh, saya dapat bertemu dengan Rakan Wanita Grab yang lain dan mereka datang dari latar belakang yang berbeza”
Tambahnya lagi, ada juga yang menghadapi situasi yang sama seperti dirinya dan melalui komuniti #SisBoleh mereka dapat memberikan sokongan diantara satu sama lain.
“Banyak yang saya pelajari apabila menjadi sebahagian daripada komuniti ini dan sebagai ibu tunggal, saya kena kekal kuat dan tabah untuk anak-anak saya”
Mungkin anak-anak tak nampak pengorbanan dan titik peluh kita tapi apa yang penting, saya nampak dari hasil usaha saya setiap hari. Itu cukup untuk mendorong saya bekerja lebih kuat demi menggembirakan mereka.
“Nasihat saya kepada ibu tunggal diluar sana,kita perlu kuat bekerja untuk membesarkan anak-anak dan jangan pernah berputus asa untuk teruskan kehidupan”, katanya kepada kami.
Untuk wanita di luar sana, jangan segan untuk mencapai Impian anda. Kena selalu tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan.
Semoga segala usaha anda diberkati Tuhan dan untuk Kak Keyna, kami disini mendoakan agar segala usaha anda hari ini membuahkan hasil untuk hari-hari mendatang.