Famili

Ibu Selamat Lahirkan Bayi Lelaki ‘Gergasi’ Seberat 5kg & Tinggi 60cm

113
SHARES

Seorang ibu terkejut dan tidak menyangka selepas melahirkan bayi lelaki seberat lima kilogram dengan tinggi 60 sentimeter sehingga dia tidak muat pada penimbang.

Amy Smit, 27, dan suaminya Zac, 28, dari Cheddington, Buckinghamshire, terkejut apabila mereka pertama kali melihat anak lelaki mereka yang diberi nama Zagrys.

Baca juga: Hasil ‘Hubungan’ Abang & Adik, Bayi Meninggal Dunia 2 Jam Selepas Dilahirkan

IBU SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI GERGASI SEBERAT 5KG

Ibu kepada dua orang anak, Amy berkata, dia memerlukan dua orang untuk membantu mengangkat Zeik daripadanya semasa kelahiran melalui pembedahan Caesarean kerana saiznya yang besar, lapor Daily Mail.

“Kami tahu dia akan menjadi bayi yang tinggi kerana semua imbasan menunjukkan dia agak panjang. Zac dan saya juga mempunyai ketinggian sekitar 1.8 meter. Tetapi kami tidak tahu dia akan menjadi sebesar itu,” ujarnya.

Bayi Zagrys malah melebihi jangkaan doktor kerana dia memerlukan dua orang untuk menariknya keluar.

“Terdapat semua wanita kecil di sekeliling saya dan saya mendengar seorang daripada mereka berkata, saya perlukan bantuan, dia sangat besar,” katanya.

Anak perempuan pertama Amy dan Zac, Lola, juga merupakan bayi yang besar ketika dia dilahirkan pada September 2018, dengan berat 9 paun 2oz.

Tetapi Amy berkata, dia terpegun dengan selera makan yang berbeza semasa mengandung Zeik, berbanding kehamilan pertamanya.

Sumber: Daily Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×