Rakyat

Ibu Maut, Bayi 3 Bulan Tercampak Keluar Dari Kenderaan Selamat

73
SHARES

Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan selamat, manakala ibunya maut kerana kemalangan di Kilometter 19.2 Lebuh Raya Senai-Desaru, Johor Bharu semalam.

Menerusi laporan BH Online, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2 petang dan bayi berkenaan tercampak keluar dari kenderaaan kerana kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.

Baca juga: Gara-Gara Gosip Terlalu Lama, Hampir 100 Buah Rumah Terbakar!

KEMALANGAN MEMBABITKAN TIGA ORANG MANGSA’

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai kanan Bomba II MK Haridas, berkata kereta itu dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun.

“Kemalangan membabitkan tiga mangsa. Pemandu lelaki dan bayi perempuan cedera ringan. Ibunya warga Indonesia berusia 41 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” jelasnya.

Dia juga menyatakan bayi terus dihantar ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru untuk rawatan segera. Operasi menyelamatkan kesemua mangsa kejadian tamat kira-kira jam 2.33 petang.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×