Famili

Ibu Masak Untuk 12 Orang, Yang Datang Cuma 4… Anak Autism Ini Buat Ramai Sebak Bila Tetap Habiskan Makanan & Maafkan Kawan-Kawan

Perkongsian seorang ibu, Elin Othman, di media sosial baru-baru ini mengundang sebak ramai apabila menceritakan pengalaman anaknya, Mikaiel Muqhriz yang merupakan seorang kanak-kanak mild autism. Menurut Elin, anaknya itu begitu teruja dan bersungguh-sungguh meminta ibunya masak hidangan istimewa kerana ingin menjamu seramai 12 orang rakan sekelas di sekolah.

Baca juga: Pelajar Perempuan Maut Dirempuh Kereta Depan Surau Sekolah, Tertekan Pedal Minyak Jadi Punca

MASAK HIDANGAN ISTIMEWA UNTUK 12, HANYA 4 ORANG HADIR

HIDANGAN ISTIMEWA

Mikaiel yang belajar di aliran perdana dilihat sangat bersemangat untuk berkongsi rezeki bersama rakan-rakannya. Namun, apa yang dirancang tidak menjadi seperti diharapkan apabila hanya empat orang sahaja yang hadir.

Walaupun perkara seperti itu bukan kali pertama berlaku, Mikaiel tetap tidak menyimpan perasaan marah. Malah, dia dengan mudah memaafkan rakan-rakannya setiap kali perkara sama berulang.

Apa yang lebih menyentuh hati, Mikaiel dilihat makan bersungguh-sungguh sehingga perlahan-lahan kerana bimbang ibunya akan marah melihat makanan yang masih berbaki banyak.

“Anak mild autism saya, Mikaiel Muqhriz minta saya masak sedap-sedap hari ini sebab nak menjamu 12 orang rakan sekelas di sekolah. Mikaiel belajar di aliran perdana tapi yang hadir cuma 4 orang.

“Selalu sangat hal macam ini berlaku tapi Mikaiel selalu maafkan kawan-kawan dia. Bersungguh-sungguh dia makan sebab takut saya marah banyak lagi balance makanan. Ibu tak marah tapi sedih kawan-kawan buat macamtu,” luahnya.

HIDANGAN ISTIMEWA

Perkongsian tersebut nyata meraih perhatian ramai warganet yang turut tersentuh dengan sikap Mikaiel yang penuh dengan sifat pemaaf dan keikhlasan hati.

Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat selain memuji keperibadian Mikaiel yang disifatkan sangat mulia. Malah, ada juga yang berseloroh ingin menjadi kawan Mikaiel selepas ini.

“Kenapa aunty tak ajak saya? Nanti saya datang jelah makan dengan Mikaiel ya, mesti meriah!” tulis pengguna media sosial.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar Mikaiel sentiasa dikelilingi insan yang baik dan menghargai keikhlasannya.

Baca juga: Hati-Hati Pilih Nama Anak! Ustaz Dzulkhairi Perjelas Kekeliruan ‘Raisya’ vs ‘Raisa’, Rupa-Rupanya Maksud Jauh Berbeza

Sumber: Threads Elin Othman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×