Asuh

Ibu Kongsi ‘Trick’ Asingkan Tempat Tidur Anak, Memang Menjadi!

24K
SHARES

Apabila anak sudah mencapai jangka umur tertentu, inilah masanya untuk ibu bapa mengasingkan tempat tidur anak. Bukan apa, banyak kes yang kita baca di media arus perdana melibatkan kes masalah seksual dalam kalangan kanak-kanak kerana tidak diasingkan tidur dari usia muda. Bukan itu sahaja, ini juga dapat memberi privasi kepada mak ayah dan juga melatih anak-anak berdikari.

Baca juga: 6.30 Pagi Bangun Subuh, Mengaji & Kemas Rumah, Anak Johan & Ozlynn Dapat Pujian

TIPS DAN PENGALAMAN IBU ASINGKAN TEMPAT TIDUR ANAK

Seperti ciapan di laman Twitter ini di mana, seorang ibu kongsikan beberapa tips atau ‘trick’ yang anda boleh gunakan untuk asingkan tempat tidur anak-anak. Bagi permulaan memang agak sukar namun, apabila sudah dipraktikkan akan menjadi mudah!

Nampak simple tapi kita wajib asingkan tempat tidur anak tau. If im not mistaken (betulkan kalau silap) dalam surah an-Nur, ayat 58 pun ada cakap pasal ni. Ni my personal experience bila asingkan tempat tidur anak.

Anak i jadi lagi bertanggungjawab tapi cara budak umur 3 tahun lah. Dia tau tu bilik dia jadinya kalau toys sepah ke apa ke, i akan mintak dia kemas. Dulu i jenis cepat kesian, kalau dia nangis so takyah buat tapi sekarang i dah kental. Dia buat sepah, dia yang kena kemas.

Dalam bilik dia pun ada baju baju and drypers so setiap kali lepas mandi anak i automatically akan masuk bilik dia and amik drypers dekat rack. Dia dah tau dalam bilik dia memang ada semua barang barang dia. Indirectly dia hafal benda tu kat mana benda ni kat mana if nak amik.

LEPAS ASINGKAN TEMPAT TIDUR, ANAK DAH PANDAI KEMAS TOYS

Part ni i paling suka. Before asingkan tempat tidur, anak i main merata rata. Lepas asingkan bilik, i letak toys dalam bilik dia. Kalau dia bawak toys keluar pi ruang tamu ke apa, i akan mintak dia bawak masuk semula dalam bilik so if sepah pun just bilik dia bukan satu rumah.

Nap petang i akan bawak dia masuk bilik dia sendiri and tidurkan dia dalam bilik tu. Ada je waktu dia nak tidur dalam bilik kitaorang tapi i cakap “No, this is your room” and i buat keras duduk dalam bilik dia so dia akan datang kat i jugak Face with tears of joy. Parents kena tegas tau!

Memang susah tapi insyaAllah kita semua boleh. Sebenarnya kalau start lagi awal lagi better. I start lambat sebab hati tak kental dulu Rolling on the floor laughing.Btw, boleh mula dengan beli cadar yang anak korang suka. So dia happy nak tidur kat tilam dia hehe.

I beli dekat> https://shp.ee/s6jyq7n

Nak tidur tu memang i akan teman dia baca doa, borak borak and nyanyi nyanyi sambil lampu tutup. Bila dia dah tidur i akan masuk bilik i.Lama lama nanti, dia dah boleh tidur sendiri. Bila mengantuk je dia terus masuk bilik sendiri and tidur takyah teman dah.

Kita pun nak bilik tidur cantik, wangi and bersih so samalah dengan anak kita. I ada je waktu malas nak mengemas so husband i take over. Kitaorang gilir gilir. Jujur i cakap, jaga anak ni letih sebab macam macam kena buat tapi anak ni amanah. Ikhlas jaga insyaAllah luas rezeki.

Sumber: Twitter @Shahirahzai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×