Famili

Ibu Kongsi Pengalaman Jari Anak Tercucuk Besi Mainan, Sampai Kena ‘Operate’

50
SHARES

Permainan dan kanak-kanak berpisah tiada. Ada sahaja permintaan mereka setiap hari untuk mengumpul lebih banyak jenis mainan. Bukan sahaja dapat menghiburkan tetapi merupakan teman sejati ketika berada di rumah. Namun, pengawasan maksima daripada ibu bapa diperlukan sewaktu mereka bermain kerana bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Bak kata pepatah malang tidak berbau.

Baca juga: “Jangan Kecam Tengok Parents Bawa Anak Keluar Main, Anak-Anak Pun Penat”

IBU KONGSI PENGALAMAN JARI ANAK TERCUCUK BESI MAINAN

Hal ini dapat disamakan dengan pengalaman seorang ibu yang terkejut kerana jari anak lelakinya tercucuk besi mainan ketika sedang leka bermain. Menurut ibu bernama Soffyra, dia pada mulanya hanya mengganggap tercucuk biasa tetapi apabila ditekan dan disentuh ada satu besi yang dapat dirasai.

Assalamualaikum. Saja nak share pengalaman. 21 September jari anak saya Adeeb tercucuk besi mainan. Sangkaan saya hanya tercucuk biasa. Saya sentuh jari tu dapat rasa hujung besi. Terus suami bawa ke emergency.

Doktor check rupanya kecederaan dia serius sebab terkena urat sensitif. Mujurlah saya tak memandai pergi cabut dan tarik besi itu. Doktor kata kalau sangkut dekat urat dan putus,  jari tak boleh lipat.

Anak kena tahan wad. Doktor pakar operate jari tu untuk buang besi. 23 September akhirnya besi dapat dibuang. Sekarang tengah ajar dia buat exercise genggam jari. 

Beringatlah ibu-ibu kalau beli mainan dekat anak. Anak saya ni jenis suka buka mainan dia. Habis bahagian dalam mainan, dia buka teroka.

DAPAT BERI PERINGATAN KEPADA IBU BAPA LAIN

Perkongsian Soffyra dibanjiri komen warganet yang rata-rata mendoakan anak lelakinya cepat sembuh dan mengucapkan terima kasih dengan perkongsian berguna buat para ibu bapa di luar sana.

Sumber: Soffyra Rudani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×